Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang pertama kali dianjurkan rangkaian televisyen Media Prima Berhad, TV3 dan TV9, membuka undian kepada penonton di laman web DFKL sejak 1 Januari hingga 21 Februari lalu bagi memilih pemenang untuk tujuh kategori utama yang dipertandingkan.
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur berlangsung di Hotel Royale Chulan dan disiarkan secara langsung menerusi TV3. Anugerah DFKL ini bertujuan mengiktiraf drama-drama pilihan penonton
yang dipilih berdasarkan kadar tontonan tertinggi di semua slot drama
TV3 dan TV9 sepanjang tahun 2013.
Senarai Penuh Pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur:
Drama Pilihan: Love You Mr Arragant
Pelakon Lelaki Pilihan: Azlee Khairi
Pelakon Wanita Pilihan: Zara Zya
Pengarah Pilihan: Raja Ahmad Alauddin (Sebenarnya Saya Isteri Dia)
Penulis Skrip Pilihan: Mufid Suhaimi (Dalam Setiap Sujud)
Barisan Pelakon Pilihan: Sebenarnya Saya Isteri Dia
Pasangan Serasi Pilihan: Azlee Khairi dan Zara Zya (Love You Mr Arrogant)
Drama Pendek: Singh Susu, Gadis Payung Merah dan Kawan
KM tunggu Dayang Nurfaizah nyanyi lagu "Ariana Rose" live tue
BalasPadamrasanya ada juga menonton love you mr arragant tu
BalasPadam