Anak-Anak Pasangan Malaysia Yang Ditahan Di Sweden Selamat Tiba Di Malaysia


Aishah (14 tahun), Ammar (12), Adam (11) dan Arif (7)

Kesemua empat anak pasangan Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Sweden atas dakwaan penderaan oleh undang-undang Sweden, selamat tiba dari Stockholm di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 7 pagi Sabtu.

"Kami berasa sungguh gembira berada di sini, kami  masih belum tahu ke mana kami mahu pergi selepas ini," kata Aishah Azizul Raheem, anak sulung pasangan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden.

Empat beradik yang diterbangkan dari Paris itu ialah Aishah (14 tahun), Ammar (12), Adam (11) dan Arif (7). Kesemua mereka kelihatan letih ketika ditemui.Kanak-kanak itu ditemani oleh Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin serta seorang pegawai khasnya dan saudara kanak-kanak berkenaan.


Bapa mereka Azizul Raheem Awalludin, pegawai Tourism Malaysia dan ibu mereka Shalwati Norshal, guru yang bercuti tanpa gaji, masih direman pihak berkuasa Sweden selepas ditahan pada 18 Disember lepas kerana didakwa memukul tangan seorang daripada anak lelaki mereka yang enggan solat.

FOTO: mStar


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Februari 01, 2014

4 Komen:

  1. Akhirnya selamat kembali anak pasangan ini ke Malaysia. Rasa lebih selamat berada jagaan keluarga islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yelah..syukur alhamdulillah..
      tapi begitu simpati nasib mak ayah anak-anak ini

      Padam
  2. alhamdulillah lega bila mereka sampai di malaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..memang kerisauan seluruh rakyat Malaysia bila orang bukan islam yang menjaga mereka disana.Kisah ini diharap menjadi iktibar buat kita semua.

      Padam