Berkisah tentang telur, siapa di antara kita yang tidak pernah memakannya. Tahukah anda bahawa telur yang biasa anda makan setiap hari memiliki banyak manfaat dan kegunaan yang baik untuk tubuh badan, dan juga boleh dimanfaatkan untuk kecantikan.
Ini kerana menurut seorang pakar gizi, Amanda Ursell, menyatakan bagawa dengan memberi sarapan telur rebus kepada kanak-kanak sebelum ke sekolah dapat membantu mereka memberi tenaga dan meningkatkan daya pemikiran mereka.
Telur rebus memang menjadi kesukaan anak kecil saya ini Oleh itu, di sini saya ingin berkongsi dengan anda beberapa manfaat telur yang saya dapat dari laman web ini (klik) yang harus anda tahu untuk perkongsian bersama.
Telur Menghilangkan Jerawat
Untuk menghilangkan jerawat mudah sahaja. Caranya gunakan putih telur dan sapukan di wajah anda, kemudian biarkan selama beberapa minit sebelum bilas. Ia bukan sahaja mampu menghilangkan jerawat, malah ia akan membuat kulit lebih lembut dan anjal.
Baik Untuk Mata
Telur juga mempunyai khasiat yang bagus untuk mata. Ini kerana Karotenoid yang ada pada kuning telur, khususnya Karotenoid lutein danzeaxanthin, sangat bermanfaat bagi kesihatan mata. Menurut para penyelidik, Karotenoid dapat menurunkan risiko penyakit 'age-related degeneration' dan katarak. Zat ini berfungsi sebagai antioksidan untuk mata, melawan radikal bebas yang dapat meresap ke beberapa bahagian pada retina sehingga dapat mempengaruhi kemampuan mata untuk fokus.
Menjaga Berat Badan Agar Tetap Sihat
Telur adalah sumber terbaik dari protein lengkap yang mengandungi semua asid amino esensial bagi tubuh manusia. Telur dapat membantu mengawal tubuh menyerap kalori. Telur mempunyai kandungan gizi yang tinggi dan baik bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.
Telur Baik Untuk Rambut Dan Kuku
Telur juga mampu menjaga kesihatan rambut dan kuku anda kerana telur mengandungi sulphur yang tinggi, dan mempunyai pelbagai vitamin serta mineral. Maka kuku anda akan menjadi kuat dan rambut anda tidak mudah gugur.
Suka makan telur setengah masak
BalasPadamMemang suka makan nasi lemak pagi-pagi dengan telur mata kerbau...
BalasPadammakan telur pindang... lain pulak rasa dia... kentut pulak
BalasPadam