Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan dua orang telah terbunuh dalam nahas membabitkan sebuah pesawat Twin Otter MASWings yang terhempas di Kudat, Sabah pada hari Khamis. Pesawat itu yang membawa 14 orang penumpang dan dua orang krew.
Mereka yang terbunuh adalah pembantu juruterbang Marc Joel Bansh, 23, dan penumpang Tan Ah Chai, 96. Bansh meninggal dunia kira-kira 9 malam ini manakala Tan menghembuskan nafas terakhir kira-kira empat jam lebih awal akibat kecederaan parah.
Pesawat berkenan terhempas ekoran cuaca buruk ketika ia cuba melakukan pendaratan pada aras 900 meter. Laporan awal mendapati angin kencang menolak pesawat daripada mendarat di landasan. Ini merupakan nahas pertama membabitkan MASWings di Kudat.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MAS yang juga Pengerusi MASwings Ahmad Jauhari Yahya berkata setakat ini disahkan dua mati dan dua lagi cedera. Beliau berkata terdapat seorang warga Filipina manakala lainnya warga Malaysia dalam pesawat itu yang membawa 14 penumpang dan dua krew.
0 Komen:
Catat Ulasan