Tiga termasuk dua warga asing maut selepas kawasan sekitar penempatan mereka dilanda banjir lumpur secara mengejut akibat limpahan air Sungai Bertam ekoran pelepasan air dari sebuah empangan di Ringlet, Cameron Highlands awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, seorang wanita warga Indonesia berusia 17 tahun yang masih belum dikenal pasti identitinya telah hilang dipercayai dihanyutkan air atau telah tertimbus lapisan lumpur yang tebal.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, seorang wanita warga Indonesia berusia 17 tahun yang masih belum dikenal pasti identitinya telah hilang dipercayai dihanyutkan air atau telah tertimbus lapisan lumpur yang tebal.
Menurut Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Wan Zahari Wan Busu, “Kejadian banjir kilat itu dipercayai bermula apabila hujan lebat kira-kira jam 7 malam semalam hingga awal pagi semalam menyebabkan takungan air di Empangan Sultan Abu Bakar itu mula melimpah. Susulan itu, takungan terpaksa dilepaskan bagi mengelak tekanan yang boleh menyebabkan kejadian empangan pecah,”
Mayat warga Bangladesh dikenali sebagai Jahangir, 30-an ditemui di kawasan rumahnya kira-kira jam 8 pagi manakala mangsa kedua, wanita Indonesia dikenali sebagai Kasmet, 46 ditemui pasukan penyelamat kira-kira 15 minit kemudian.
Menurutnya, mayat kedua-dua pekerja kebun sayur itu ditemui dalam keadaan berlumpur dipercayai lemas akibat terperangkap dalam rumah mereka yang ditenggelami air lumpur. Mayat mangsa yang terkorban dihantar ke Hospital Cameron Highlands untuk bedah siasat.
SUMBER
0 Komen:
Catat Ulasan