Gambar Dan Senarai Harga Nissan Grand Livina Baru 2013

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) melancarkan model Nissan Grand Livina baru yang dipertingkatkan dengan penampilan lebih dinamik serta elegan tetapi dengan tanda harga berdaya saing. Tanda harga bermula serendah RM86,880 seunit di atas jalan.

Nissan Grand Livina adalah kenderaan pelbagai guna (MPV) tujuh tempat duduk bukan keluaran nasional paling popular terkini, mula diperkenalkan di pasaran tempatan pada Disember 2007 dan sehingga kini lebih 65,000 unit sudah terjual.

50 Penambahbaikan Model Terdahulu

Dengan konsep asas iaitu ‘Pemanduan Seperti Sedan, Kemampuan Seperti MPV ’, selain rekaan dalaman dan luaran yang diperbaharui serta lebih 50 penambahbaikan ditampilkan, Grand Livina baru dijangka mampu menarik minat lebih ramai keluarga muda yang aktif.

Daripada sudut luaran, model Grand Livina yang dipertingkat ini tampil dengan reka bentuk bahagian hadapan dan belakang lebih segar, disempurnakan dengan rim aloi reka bentuk jejari-V, acuan pintu dan cermin sisi bersama lampu isyarat membelok LED bersepadu baru.






Kombinasi jeriji depan krom bersama panel mendatar, garis bamper hadapan agresif dan lampu utama lebih ekspresif mencipta tanggapan bahawa ia adalah MPV dinamik yang elegan. Pada bahagian belakang, lampu diletakkan secara mendatar, sekali gus menyerlahkan pemantul belakang yang membuatkan model itu kelihatan lebih lebar dan sporty.

Imej premium MPV itu diserlahkan lagi menerusi kelompok meter visi baru bersama Paparan Pelbagai-Maklumat (MID) yang melaporkan maklumat penting kenderaan seperti penggunaan bahan api dan jarak yang berbaki. Selain itu, sistem Kunci Pintar Nissan (i-Key) membolehkan pemandu dan penumpang masuk tanpa perlu mengguna kunci.

Enjin Yang Menjimatkan Minyak

Nissan Grand Livina baru menggunakan enjin yang terbukti menjimatkan minyak iaitu HR16DE atau MR18DE. Enjin empat silinder aluminium sepenuhnya itu kompak dan ringan, dilengkapi teknologi kawalan injap pemasaan yang menawarkan prestasi responsif, lebih lancar dan tahap penjimatan bahan api mendahului kelasnya.

Dua beg udara SRS kini menjadi ciri standard, selain Binaan Zon Badan Nissan, Stereng Boleh Lipat, Electronic Brake-force Distribution (EBD), Sistem Bantuan Brek dan Sistem Brek Anti-kekunci (ABS). Malah, butang penghidup enjin yang menjadi trend terkini turut ditawarkan model terbaru Nissan Grand Livina ini.


MPV versi baru Nissan Grand Livina ini didatangkan dalam tiga varian iaitu 1.6L Manual (RM86,880), 1.6L Auto (RMRM89,880) dan 1.8L Auto (RM99,880), dengan lima pilihan warna iaitu Graphite Blue, Diamond Black, Bronze Gold, Brilliant White dan Tungsten Silver.


Sumber: NISSAN



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, September 26, 2013

0 Komen:

Catat Ulasan