Berita baik buat pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang kini boleh memiliki rumah sendiri melalui Skim Projek Perumahan Prefer 1Malaysia dengan bayaran serendah RM400 hingga RM700 sebulan.
Skim yang diperkenalkan Konsortium Marak Strategi merangkumi Marak Strategi Sdn Bhd, NCT United Development Sdn Bhd dan Spind Malaysia Sdn Bhd, sebagai pembekal bahan binaan itu, kali pertama diperkenalkan.
Skim yang diperkenalkan Konsortium Marak Strategi merangkumi Marak Strategi Sdn Bhd, NCT United Development Sdn Bhd dan Spind Malaysia Sdn Bhd, sebagai pembekal bahan binaan itu, kali pertama diperkenalkan.
Projek berimpak tinggi itu menggunakan sistem transformasi dan inovasi dalam sektor pembinaan serta kewangan hartanah melalui kerjasama bank, agensi berkaitan kerajaan dan syarikat swasta secara konsortium.
Menerusi skim itu, pelabur perlu melabur RM200,000 dalam tempoh 25 tahun, sebagai kaedah jaminan kepada sewa beli rumah berkenaan. Ia turut mendapat sokongan Gabungan NGO Malaysia; CUEPACS, PEWARIS Malaysia, BATAS Malaysia dan SRIKANDI Malaysia.
Skim berkenaan diharap akan membantu golongan Bumiputera mampu memiliki kediaman sendiri sebagai menyokong hasrat kerajaan memastikan setiap keluarga
memiliki sebuah rumah selaras dengan moto iaitu 1Rumah 1Keluarga 1Juta
1Malaysia.
Nilai sebenar rumah ini adalah sekitar RM360,000 dan skim itu adalah projek pembinaan rumah bersama skim sewa beli bernilai sebenar sehingga mencecah nilai pasaran RM360,000, tetapi hanya mengenakan pembayaran bulanan antara RM400 ke RM700 sebulan.
Selepas insentif tanggungjawab sosial korporat (CSR) penyewa beli rumah hanya perlu membayar ansuran keseluruhan RM150,000 hingga RM250,000 bersih dalam tempoh 25 tahun. Setakat ini 700 unit rumah jenis pangsapuri serta teres dibina di Dengkil, 263 unit yang hampir 80 peratus siap boleh dijual melalui skim perintis itu.
Pakej itu termasuk yuran guaman percuma, cukai pembelian percuma, insurans rumah percuma (MRTA), skim pembayaran ansuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diserapkan dalam pembayaran sewa beli serta insurans perubatan bernilai RM1,200 setahun.
0 Komen:
Catat Ulasan