Salam Aidilfitri 1434H, maaf zahir dan batin andai ada kesalahan pada semua pembaca blog ini dari saya, Zulkifle(zulkbo) seisi keluarga. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Tahun ini kami sekeluarga berhari-raya di Alor Setar, Kedah bersama keluarga sebelah isteri saya.
Aktiviti lainnya di sebelah petang selalunya kami akan berziarah jiran tetangga dan saudara terdekat sehingga ke petang hari. Selebihnya aktiviti menziarah akan diteruskan pada hari-hari raya seterusnya.
Terima kasih kepada pembaca blog ini, saudara-mara dan sahabat taulan yang tak putus-putus mengucapkan ucapan, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Andai ada yang tak sempat dibalas, saya membalasnya melalui blog ini.
Aidilfitri sesungguhnya adalah hadiah kemenangan kita semua umat islam setelah sebulan menahan hawa nafsu dari segala dugaan duniawi. Harapan amalan kita sepanjang Ramadhan lalu dikurniakan Allah dengan pengampunan.
0 Komen:
Catat Ulasan