Sebuah bas terhumban ke dalam gaung di di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur ketika menuruni Genting Highlands petang ini. Sehingga 9 malam ini, seramai 37 orang termasuk pemandu bas disahkan terkorban.
Sebelum itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail
mengesahkan kemalangan ini. Menurut facebook Jabatan Bomba dan
Penyelamat pula, anggota balai bomba tersebut bergegas ke tempat
kejadian untuk menyelamat mangsa yang terlibat.
Akhbar The Star pula melaporkan bahawa kemalangan itu berlaku kira-kira
2km dari Kuil Chin Swee dan lalulintas di kawasan itu sesak. Nahas bas ekspres yang terjunam 200 kaki ke dalam gaung di KM3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur membabitkan sebuah bas awam Genting Highlands.
0 Komen:
Catat Ulasan