Proton dikhabarkan akan melancarkan model terbaru produk keluaran mereka Sabtu ini, model tersebut diramalkan versi 'hatchback' sedan Preve. Menurut laman web kenderaan bermotor PaulTan , model terbaru pengeluar kereta tempatan itu akan dikenali sebagai 'Suprima'.
Penasihat Proton yang juga mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan melancarkan model terbaru kereta Proton tersebut di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade di Kuala Lumpur Sabtu ini.
Walaupun tidak banyak maklumat yang didedahkan mengenai model terbaru ini, kereta berkenaan didatangkan dengan binaan dalaman terkini serta lima pintu yang dikatakan mirip reka bentuk asal kereta tersebut.
0 Komen:
Catat Ulasan