Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Rabu ini, 10 Julai 2013. Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. Pengumuman itu telah disiarkan secara langsung menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkan demikian telah berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Rabu, 10 Julai 2013, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.-BERNAMA
NOTA: Selamat menjalani ibadah di bulan penuh keberkatan, Ramadhan Al-Mubarak buat semua pembaca blog ini yang beragama islam. Semoga ibadah kita tahun ini akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Pada yang mungkin berminat dan ingin mengulangkaji bagaimana niat puasa di bulan Ramadhan bolehlah ke pautan ini KLIK, almaklum setahun sekali dan kadang kala kita terlupa. Selamat berpuasa dan beramal!
0 Komen:
Catat Ulasan