Pengambilan Minyak Ikan Boleh Menyebabkan Kanser Prostat?

Semua orang biasa mendengar bahawa minyak ikan yang kaya dengan omega-3 baik untuk otak. Minyak ikan bahkan dipercayai boleh menurunkan risiko penyakit otak seperti Alzheimer. Namun disebalik kebaikan manfaat yang dimiliki oleh minyak ikan, ternyata minyak ikan juga mempunyai risiko penyakit lain.

Kajian terbaru menunjukkan bahwa pengambilan minyak ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 boleh meningkatkan risiko kanser prostat. Kaum lelaki yang memiliki tingkat asid lemak omega-3 paling tinggi berisiko hingga 71 persen terkena kanser prostat.


Suplemen minyak ikan mampu membahayakan lelaki jika dikonsumsi dalam dos yang tinggi,  menurut penyelidik Theodore Brasky dari Ohio State University Medical Center, seperti dilapor oleh NBC News (10/07).

Penyelidikan sebelumnya pada tahun 2011 juga menunjukkan bahawa minyak ikan berkaitan dengan kanser prostat meningkat. Penelitian juga menemukan bahawa kesan asid lemak omega-3 yang terdapat dalam minyak ikan lebih tinggi daripada asid lemak yang ditemukan dalam minyak sayuran.

Penyelidikan milik Brasky dilakukan pada 934 lelaki yang mengidap kanser prostat dan 1,393 lelaki yang tidak mengidap kanser. Mereka kemudian dikelompokkan berdasarkan tingkat asid lemak omega-3 dalam darah mereka. Lelaki dengan tingkat omega-3 tertinggi memiliki risiko 71 persen terkena kanser prostat.

Dengan mengetahui hasil kajian terbaru ini nampaknya kaum lelaki harus mula mengatur konsumsi ikan dan suplemen omega-3. Meskipun asid lemak omega-3 mampu menurunkan risiko penyakit jantung dan penyakit otak, namun jika diambil berlebihan juga mampu membahayakan kesihatan anda yang lain.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Julai 15, 2013

0 Komen:

Catat Ulasan