Seorang nelayan di Alaska dilaporkan media telah berjaya membuat tangkapan seekor ikan seberat kira-kira 40 pound (19 Kilogram), dipercayai dari jenis Shortraker Rockfish, di mana pakar-pakar mempercayai ikan tersebut sekurang-kurangnya berusia 200 tahun.
The Sitka Daily Journal melaporkan bahawa Henry Liebman dari Seattle adalah seorang nelayan laut dalam di luar pantai Alaska, pada 21 Jun lepas berjaya menangkap ikan Shortraker Rockfish di kedalaman kira-kira 900 kaki dari paras laut, menggunakan mata kail.

Troy Tidingco, Pengurus kawasan Sitka dari Department of Fish and Game, berkata ikan itu masih sedang dianalisis tetapi beliau percaya ia adalah sekurang-kurangnya berusia 200 tahun. Penyelidik akan dapat menentukan usia ikan ini dengan bilangan cincin pertumbuhan bersama-sama tulang telinganya.
0 Komen:
Catat Ulasan