Persidangan Dewan Rakyat bagi penggal ke-13 bermula hari ini dengan membabitkan 222 Ahli Parlimen, terdiri daripada 133 wakil Barisan Nasional (BN) dan 89 wakil pakatan pembangkang. Persidangan Dewan selama 16 hari itu adalah mesyuarat pertama, penggal pertama Parlimen ke-13.
Hari pertama sidang Dewan Rakyat dimulakan dengan pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat, diikuti dengan upacara mengangkat sumpah kesemua Ahli Parlimen sebelum perasmian oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, esok.
Komposisi Ahli Parlimen kali ini ialah 133 BN, DAP (38), PKR (30) dan PAS (21). Kemasukan 98 muka baru yang berbeza latar belakang pendidikan dan pengalaman juga dijangka menambah tarikan pada persidangan kali ini.
Kesemua 222 Ahli Parlimen telah mengangkat sumpah di hadapan Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang dipilih semula sebagai Yang Dipertua Dewan, yang dipersetujui oleh majoriti anggota dewan manakala jawatan dua timbalan akan dipilih oleh Ahli Parlimen dari kalangan mereka.
0 Komen:
Catat Ulasan