Johor Darul Takzim (Johor DT) layak ke perlawanan akhir Piala FA 2013 walaupun kalah 1-2 kepada Pahang pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, dan bakal bertemu musuh ketat mereka Kelantan di perlawanan akhir.
Johor DT menang 1-0 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor pada 25 Mei lepas untuk menjadikan keputusan agregat 2-2. Mereka layak ke final berdasarkan peraturan gol di tempat lawan.
Pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) meraikan kegembiraan selepas layak ke perlawanan akhir Piala FA 2013 walaupun kalah 1-2 kepada Pahang pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini malam Sabtu. Foto S.S.KANESAN / THE STAR
PENJARING GOL:
- PAHANG: Matias Ruben Conti (minit ke-2, 40)
- JOHOR DT: Andrezinho (minit ke-48)
BARISAN PEMAIN:
- PAHANG: Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, Jalaluddin Jaafar (Mohd Saiful Nizam Miswan), Damian Delano Stewart, Amirul Hadi Zainal (Azidan Sarudin), R. Surendren, Matias Ruben Conti, Azamudin Mohd Akil, Mohd Razman Roslan, Mohd Shahrizan Ismail, Mohd Hafiz Kamal, R. Gopinathan (Mohd Fauzi Rozlan).
- JOHOR DT: Muhd Al-Hafiz Hamzah, Irfan Abdul Ghani (K. Thanaraj), Kamarul Afiq Kamarudin, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Andrezinho, Mohd Nurul Azwan Roya, Ahmad Ezrie Shafizie, Mohd Nazri Ahmad (Safiq Rahim), Jasazrin Jamaluddin, Norshahrul Idlan Talaha, Leonel Nunez (Mohd Safee Sali).
PENGADIL: Syed Azhar Syed Kamar
Sumber : Bernama
0 Komen:
Catat Ulasan