Kerajaan Turun Harga Petrol Berkuatkuasa 22 Mei 2013 : TERIMA KASIH!

Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara turun 20 sen seliter kepada RM2.70 seliter berbanding RM2.90 seliter berkuat kuasa malam Selasa. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hassan Malek mengesahkannya semasa dihubungi Bernama di sini Rabu.


Harga petrol RON97 disemak kali terakhir pada Mac 2013 dan pernah berada pada paras RM3 seliter pada September 2012. Harga runcit RON97 ditentukan oleh 'apungan terurus', dan harga akan berubah mengikut kuasa pasaran.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, Datuk Zulkifli Abdul Mokti berkata penurunan harga RON97 disambut baik selain memperlihatkan dasar kerajaan yang mengutamakan keperluan rakyat.

"Saya percaya (penurunan) itu tepat sekali. Kerajaan dilihat memang berpegang pada dasar," katanya ketika dihubungi. Beliau berkata penurunan berkenaan disebabkan harga pasaran minyak dunia yang mengalami sedikit penurunan selain dasar apungan harga minyak yang diamalkan oleh kerajaan.
Beliau juga menjangka tiada kenaikan harga minyak petrol untuk RON95 dan RON97 dalam masa terdekat ini.❞
Dalam pada itu, Zulkifli berkata penurunan harga minyak petrol RON97 tidak menjejaskan operasi stesen-stesen minyak seluruh negara selain tidak menyebabkan kerugian kepada pengusaha stesen minyak. - BERNAMA

NOTA: Walaupun berita ini tidaklah berapa mengembirakan rakyat keseluruhan, kerana kebanyakan rakyat lebih suka menggunakan minyak RON95 yang berharga di bawah RM2 untuk kegunaan harian. Setidaknya dengan langkah kerajaan ini, permintaan untuk minyak  RON97 yang kurang mendapat sambutan sebelum ini, sedikit sebanyak boleh menggalakkan kepada mana-mana pengguna yang berduit lebih  kembali menggunakan RON97.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Mei 22, 2013

0 Komen:

Catat Ulasan