Anggota bomba di timur China telah berjaya menyelamatkan seorang bayi lelaki yang baru lahir dan berkemungkinan dibuang dalam lubang tandas sebelum tersangkut dan ditemui masih hidup di dalam paip pembentong kumbahan.
Kes ini telah mencetuskan kemarahan orang ramai di laman media sosial. Terdapat laporan media di China, kes bayi ditinggalkan selepas kelahiran kerap terjadi di sana. Masalah ini adalah disebabkan oleh ramai ibu-ibu muda yang tidak menyedari mereka telah hamil.
Dalam kes terbaru bayi itu ditemui di dalam paip kumbahan di dalam sebuah bangunan kediaman di Jinhua di wilayah Zhejiang pada petang Sabtu. Penemuan menakutkan ini selepas penduduk melaporkan terdengar bunyi bayi menangis datang dari paip pembentong.
Paip tersebut hanya sebesar empat inci ukur lilit diameternya, di mana anggota bomba terpaksa memotong paip dan membawanya ke hospital berhampiran. Di hospital, doktor dengan berhati-hati memotong di sekeliling paip tersebut untuk menyelamatkan bayi lelaki yang masih hidup di dalamnya.
Bayi yang masih bersama dengan tali pusat tersebut, akhirnya berjaya di selamatkan dan dilaporkan dalam keadaan stabil, cuma mengalami beberapa kecederaan kecil. Pihak polis kini sedang mencari ibu bapa bayi tersebut dan kemungkinan hukuman yang berat menanti mereka jika tertangkap nanti.
SUMBER
0 Komen:
Catat Ulasan