Tinggal lagi 2 hari sahaja kita akan melakukan salah satu dari proses demokrasi negara kita dengan mengundi pada PRU-13, 5 Mei 2013, hari Ahad ini. Mungkin ada di kalangan kita yang baru pertama kali mengundi atau mungkin sudah terlupa bagaimana prosedur pengundian nanti. Berikut di senaraikan apa yang perlu anda lakukan pada Hari Pengundian.
- Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk.
- Serahkan MyKad atau Dokumen Pengenalan dan slip semakan kepada Kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.
- Bergerak ke hadapan Kerani Pengundian Kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.
- Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, Kerani Pengundian Pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam Buku Daftar Pemilih. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.
- Maju ke petak undi dan tandakan pangkah pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.
- Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.
- Keluar segera dari tempat mengundi.
NOTA: Semua proses pengundian diperhatikan oleh Ejen-Ejen Calon yang bertugas. Sekiranya ada pertanyaan atau memerlukan bantuan, sila rujuk kepada Ketua Tempat Mengundi.
Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya
0 Komen:
Catat Ulasan