Akhirnya teka-teki tentang tarikh berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Malaysia terlerai dengan pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia berkenaan tarikh penamaan calon dan tarikh berlangsungnya hari pengundiaan sebentar tadi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan pada 5 Mei bersamaan hari Ahad, manakala penamaan calon
ditetapkan pada 20 April ini, hari Sabtu. Manakala tarikh pengundian awal ditetapkan pada 30 April, hari Selasa.
Ianya telah diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam satu sidang akhbar hari ini. Menurutnya lagi, seramai 13,268,002 pengundi berdaftar telah layak mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ini.
Tan Sri Aziz berkata, untuk PRU13 ini, SPR menggunakan daftar pemilih induk 2012, daftar tambahan suku tahun pertama 2012, daftar tambahan suku tahun kedua 2012, daftar tambahan suku tahun ketiga 2012 dan daftar tambahan suku tahun keempat 2012.
Tan Sri Aziz berkata, untuk PRU13 ini, SPR menggunakan daftar pemilih induk 2012, daftar tambahan suku tahun pertama 2012, daftar tambahan suku tahun kedua 2012, daftar tambahan suku tahun ketiga 2012 dan daftar tambahan suku tahun keempat 2012.
Sumber:mkini
Sudah diumumkan. Ada 15 hari selepas penamaan calon bagi parti yang bertanding untuk berkempen.
BalasPadamErkkk..rasa cam lambat ke kan..?
Padamtapi pejam celik dah sampai harinya :)
Akhirnya teka-teki telahpun terjawab. Selamat mengundi pada semua! :D
BalasPadamSelamat juga untuk Bro..
Padamsesama kita tunaikan tanggungjawab
warganegara :)
bahang semakin terasa...
BalasPadamMemang bahanggg Bro..
Padammacam baru lepas pekena
masak lomak cili api je :)
Jom mengundi ! :)
BalasPadamJom..jangan lupa
Padampangkah mana yang
terbaikkk...!!
mesti ramai tak sabar nak mengundi ni kannn
BalasPadamyuppp..ramai dah tak sabar
Padamnape erkk? mungkin akan mengubah
lanskap baru pentadbiran negara
kut?
Mari mengundi. Harap harap semua pengundi rasional semasa memilih dan bukannya emosional. Kita hanya ade 7 tahun lagi nak mencapai wawasan 2020.
BalasPadambuatlah pilihan yg tepat..
BalasPadamtarikh yang dinanti-nanti
BalasPadam