Terbubar Parlimen Terlama Dalam Sejarah Malaysia Dan Rakyat Sambut Macam Nak Raya

Parlimen Malaysia penggal ke-12 akhirnya dibubar secara rasmi pada Rabu 3 April 2013, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan. Pembubaran berkenaan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi ucapan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen kira-kira pukul 11.30 pagi.

 
foto: BERNAMA

Menurut Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia beliau telah menerima proklamasi mengenai pembubaran Parlimen yang ke-12 yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong. Beliau menerima proklamasi itu daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menurut Perkara 55 (2) Perlembagaan Persekutuan.

Tan Sri Pandikar Amin juga berkata, “Proklamasi itu menandakan berakhirnya penggal Parlimen ke-12 selama empat tahun dan 11 bulan. Ini merupakan salah satu penggal Parlimen yang paling lama dalam sejarah Parlimen Malaysia,” SUMBER

 
Video Pengumuman Bubar Parlimen 2013

Seluruh rakyat menyambut pengumuman bubar parlimen tersebut seolah macam nak raya. Seolah sinonim dengan pengumuman Mohor Besar Raja-Raja apabila menyambut Hari Raya. Semuanya kerana rakyat tanpa mengira fahaman politik sudah tidak sabar menantikan pemilihan kerajaan baru yang mendapat mandat yang baru untuk membina sebuah negara yang lebih cemerlang di tahun-tahun mendatang.

NOTA: Buat anda semua yang layak menjadi pengundi pada PRU-13 kali ini, dah semak ke daftar pemilih anda? Kat mana anda akan mengundi dan kawasan mana? Bolehlah semak di sini KLIK. Menurut jangkaan setengah pakar politik negara kita, PRU-13 kali ini akan berlangsung dalam bulan April ini juga. Selamat mengundi!



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, April 04, 2013

6 Komen:

  1. mmg semua rakyat tertunggu pengumuman ni...termasuk sy..;)

    BalasPadam
  2. Setelah Rakyat berteka teki.....

    BalasPadam
  3. Moh mengundi weh.. pilihlah calon yang terbaik!

    BalasPadam
  4. Teka teki tarikh pembubaran Parlimen telah terjawab. Inilah masa calon-calon yang bertanding turun padang untuk memikat hati pengundi. Selamat membuang undi.

    BalasPadam
  5. lepas ni jangan lupa kita pergi mengundi...

    BalasPadam
  6. betullah PRU kali ni rasa mcm nak sambut raya la pulak :)

    BalasPadam