Jika anda berusia melebihi 40 tahun, pada masa dahulu belum pernah terfikir oleh kita akan adanya telefon bimbit yang lebih kita kenali sebagai 'smartphone' kini, yang sebegitu ringan seperti model terkini Samsung Galaxy S4 boleh dipegang di dalam tangan, tanpa memerlukan pek bateri
yang besar seperti telefon bimbit yang sebelumnya.
foto: Telefon pintar terkini model Samsung Galaxy S4 di hari pelancarannya dan Martin Cooper (kanan) bersama telefon bimbit pertama di dunia ciptaannya model Motorola DynaTAC
Tahukah anda tahun ini, genap 40 tahun telefon bimbit berada di pasaran dunia? 3 April 1973 adalah tarikh rasmi dimana panggilan pertama dengan telefon bimbit dibuat. Ianya adalah panggilan yang dibuat oleh Martin Cooper pencipta telefon bimbit pertama, kepada lawan beliau di AT&T dengan menggunakan Motorola DynaTAC.
40 tahun kemudian, masakini telefon pintar yang digunakan seharian oleh pengguna mempunyai kuasa pemprosesan yang jauh lebih baik dari komputer yang pernah melancarkan misi Apollo ke bulan, storan yang lebih besar (tetapi bersaiz lebih kecil) dari komputer desktop terawal, dan juga fungsi-fungsi yang tidak pernah diilhamkan oleh pereka telefon bimbit yang terdahulu seperti teknologi sentuhan skrin yang ada kini.
Jika umur anda panjang, cuba bayangkan dalam jangkamasa 40 tahun akan datang, akan muncul telefon bimbit baru hasil teknologi baru yang lebih canggih berbanding hari ini yang dicipta oleh cerdik pandai masa depan. Mungkin teknologi telefon 'halimunan' yang berada dalam pemikiran saya kini.
Sumber: Wiki
masih igt lg telefon pertama yg sy guna...NOKIA 3310...Hu3.....
BalasPadamskrg lagi nipis tpi jatuh sush nak repair heee
BalasPadamTidak kira apa bentuk sekali pun yang penting ia membantu kita untuk berhubung dimana jua kita berada.
BalasPadamMungkin telefon dah diimplan kat jari kita...hehe
BalasPadammungkin set pakai minda je nnti, kalau nak tepon mana2 :)
BalasPadamhoho..aku harap tahun 2020 nanti..nokia 3310 tetap boleh dipakai seperti biasa..
BalasPadam