PRU 13 : Buat Para Majikan Seluruh Malaysia Sila Baca Ini !

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ingin mengingatkan bahawa pada hari pengundian, tiap-tiap majikan dikehendaki memperuntukkan tempoh yang munasabah kepada pekerja-pekerjanya untuk keluar mengundi. Subseksyen 25 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 memperuntukkan seperti yang berikut:

" Tiap-tiap majikan hendaklah, pada hari mengundi membenarkan suatu tempoh yang munasabah bagi tiap-tiap pemilih yang bekerja dengannya mengundi, dan tiada majikan boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji atau saraan lain mana-mana pemilih itu atau mengenakan ke atasnya atau menuntut daripadanya apa-apa penalti oleh sebab dia tidak hadir bekerja dalam tempoh itu. "
 
Mana-mana majikan yang secara langsung atau tidak langsung enggan membenarkan pekerjanya keluar mengundi  boleh, apabila disabitkan,  didenda sebanyak lima ribu ringgit atau dipenjara selama satu tahun sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subsekyen 25(3)  Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Sumber: SPR



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, April 20, 2013

0 Komen:

Catat Ulasan