Kamera milik seorang pelancong dari Amerika Syarikat yang telah dihanyutkan selama lima tahun di lautan Pasifik selepas didapati hilang oleh pemiliknya, telah melalui perjalanan jauh sehingga 8000 kilometer ke benua lain, dengan gambarnya masih berada dalam keadaan baik.
Kamera Selaman Air (Underwater Camera) Canon itu, kepunyaan Lindsay Crumbley Scallan dari Georgia, Amerika Syarikat sewaktu beliau bercuti di Maui berhampiran Kepulauan Hawaii pada tahun 2007. Kamera tersebut ditemui di pantai Taitung, Taiwan, beribu-ribu batu merentasi Lautan Pasifik.
Kamera tersebut ditemui seorang pekerja China Airlines sewaktu beliau berada di pantai Taitung, Taiwan. Pemiliknya Lindsay Crumbley Scallan telah berjaya dijejaki kerana, ketahanan kad memori pada kamera menyelam tersebut masih berkeadaan baik meskipun telah lima tahun hanyut di dalam air laut.

Kini, syarikat penerbangan China Airlines menawarkan penerbangan percuma kepada Lindsay Crumbley Scallan ke Taiwan untuk mengambil semula kamera milik beliau. Tidak lama lagi pemilik asal kamera tersebut akan mendapat kembali memori bergambar beliau yang tertinggal di lautan Pasifik sewaktu bercuti 5 tahun dahulu. Satu keajaiban!
Sumber: The Star
Sumber: The Star
Salam Zul, mmg hebat kamera ini tahan lasak yak.
BalasPadamsalam isnin..mmg rezeki dia ya..best dpt penerbangan percuma blh cuti lgi
BalasPadamMmg rezki sungguh..dah hilang 5 thun masih lagi berjumpa dan berkeadaan baik =)
BalasPadamKamera jenama apa tu?
BalasPadamCanon khabarnya
Padamjenama kemera tersebut
Casing underwater tu tentunya membantu memelihara kamera & kad memorinya..
BalasPadamtahna betul casing tu dalam air laut, 5 tahun plak tu..
PadamKamera under water memang boleh bertahan. Kalau kamera digital kompak atau kamera DSLR mahu menangis tidak berlagu kalau masuk air.
BalasPadamhehe jimat duit dia beli camera lain...
BalasPadamhttp://www.suterablogger.com