Jalan-Jalan Kota Melaka : Melaka River Cruise

Agak lama juga saya tidak berkesempatan ke Kota Melaka, walaupun dari Kuala Lumpur ke sana cuma 2 jam sahaja perjalanan. Cuma faktor kesesuaian masa sahaja, tetapi pada hari Rabu lepas saya berpeluang ke sana bersama dengan rombongan sekolah Mrs saya. Peluang bercuti sehari ke Melaka bersama Mrs dan 2 anak-anak saya tidak saya lepaskan. Maka jadilah lawatan ini seperti lawatan kami sekeluarga juga.

Perjalanan dari sekolah seramai 72 orang murid dan 7 guru termasuk saya selaku wakil PIBG sekolah lah kiranya. Kami menaiki  2 buah bas bertolak jam 10 pagi dan tiba di Kota Melaka jam 12 tengah hari. Antara tempat pertama yang akan kami kunjungi ialah Melaka River Cruise yang menjadi tumpuan pada sesiapa yang singgah di Melaka.

 
Kanak-kanak teruja menaiki bas dan gambar atas pemandu bas kami Pak Cik Mustafa

 
Kalau anda ke Melaka jangan lepaskan peluang menaiki bot menyusuri Sungai Melaka yang bersejarah

 
Entah apa yang seronok sangat budak-budak ni melihat percikan air enjin bot?

 
Antara pemandangan menarik sepanjang menyusuri Sungai Melaka menaiki bot

Nampak teruja dan kepuasan di kalangan anak-anak yang baru pertama kali menaiki bot menyusuri sungai. Akan bersambung dengan gambar-gambar menarik sekitar bercuti di MELAKA.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, April 28, 2013

0 Komen:

Catat Ulasan