Tahniah, Pemain Nombor 1 Dunia, Datuk Lee Chong Wei dan isteri yang juga bekas pemain badminton kebangsaan, Datin Wong Mew Choo pada Jumaat bergelar ibu dan ayah kepada bayi lelaki comel yang diberi nama, Kingston Lee.
Mew Choo selamat melahirkan Kingston secara pembedahan pada pukul 1.36 petang di Hospital Gleneagles di Jalan Ampang. Bayi berkenaan dilahirkan dengan berat 3.4 kilogram dan ibu serta anak dalam keadaan sihat.
Chong Wei, adalah pemenang dua pingat perak Sukan Olimpik, berharap anaknya, Kingston dapat membawa tuah kepadanya untuk memenangi lebih banyak anugerah dan kejuaraan untuk negara di masa hadapan.
Sumber: mStar
Bakal jaguh badminton negara pada masa hadapan.
BalasPadamtahniah
BalasPadamharap LCW kembali power bila ada anak.. hehhe
salam
BalasPadamtahniah untuk datuk lee
harap2 lebih bersemangat lagi memburu kejuaraan
wah..nama leh tahan. hehe
BalasPadamagak2 Kingston akan menceburi bidang badminton juga tak nanti..??
BalasPadammesti gempak cam makpak nya gak..
BalasPadamTahniah utk Dato LCW dan WMC.
BalasPadamNama anak mmg best =)
harap2 boleh ikut jejak bapanya
BalasPadam