Aku Dan Proses Pilihan Raya PRU-13 Kali Ini (Gambar)

Bunyi macamlah saya ini seorang yang aktif berpolitik? Tetapi realitinya sebagai pengundi 'atas pagar', saya lebih suka menjadi pemerhati sahaja dari jauh tentang situasi politik yang melanda dalam negara kita masa kini. Undi saya untuk PRU-13 nanti masih menjadi rahsia, dan memang tak sabar rasanya hendak memangkah kertas undi kali ini.



Jika di mana-mana sahaja kini, semua orang bercerita tentang pilihan raya yang akan berlangsung pada 5 Mei akan datang. Bila bersembang satu meja, macam-macam kisah dan gossip tentang calon situ dan sini kedengaran. Masing-masing dengan teori dan andaian masing-masing berdasarkan sumber yang mereka sendiri dapat.

Sebelum berlakunya proses mengundi (dulu orang panggil membuang undi), sudah tentu akan bermulanya hari 'Penamaan Calon'.  Satu hari yang dikira agak penting, kerana jika salah percaturan sesebuah kawasan boleh mendapat kemenangan percuma. Ianya dipanggil 'menang tanpa bertanding' bila ada pencalonan yang terbatal.



Secara kebetulan semalam hari Sabtu, saya bekerja dan seperti biasa menggunakan jalan Ampang - Bukit Belacan untuk ke tempat kerja. Terlupa pula saya tentang Dewan  Datuk Ahmad Razali, depan Balai Polis Trafik Ampang akan dijadikan tempat berlangsungnya proses penamaan calon pilihan raya Parlimen Ampang. Maka, jalan utama di tutup dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari untuk memberi ruang pada salah satu proses pilihan raya ini.

Semua kereta yang melalui jalan tersebut terpaksa membelok ke Pekan Lama Ampang yang memang terkenal dengan sempitnya. Anda bayangkan betapa sesak dan 'trafik jem' yang teruk, kebanyakan pemandu pula bersikap semua nak cepat dan ditambah pula ada jenis yang suka memakir sesuka hati. Apa boleh buat, inilah di katakan 'bila saya juga menjadi sebahagian dari proses pilihan raya'. Sambil mengurut dada, sabar je lah!



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, April 21, 2013

0 Komen:

Catat Ulasan