Pencerobohan pengikut 'Sultan Sulu' sejak 23 hari lalu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, berakhir petang ini selepas berlaku tembak menembak antara kumpulan itu dengan pasukan keselamatan Malaysia, dengan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, termasuk dua anggota Komando Polis Malaysia.
Menurut sumber Kelab Penyokong Polis Diraja Malaysia anggota polis yang terbunuh dari Unit 69 Komando, Insp Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin. Kedua-duanya terbunuh dalam serangan mortar. Pemilik rumah tempat perlindungan Azzimudie Kiram tinggal, turut terbunuh dalam kejadian itu.
Perintah berkurung kini telah dikenakan di Bandar Lahad Datu dan kawasan sekitar dari pukul 4 petang Jumaat berikutan pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sulu di kampung Tanduo selepas pencerobohon selama 23 hari.
Seorang jurucakap polis berkata, perintah berkurung itu dikeluarkan bagi memastikan keselamatan awam. “Ia merupakan langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Kami berharap orang ramai dapat mengikutinya dan memberi kerjasama dengan pasukan keselamatan,” katanya. Sumber
Dikemaskini: Polis mengesahkan dua anggota Komando Polis Diraja Malaysia terkorban manakala 12 penceroboh pengikut 'Sultan Sulu' yang bersenjata dari selatan Filipina maut dalam insiden tembakan membabitkan kedua-dua pihak di Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah hari Jumaat. Tiga lagi anggota pasukan keselamatan cedera dan kini dirawat di hospital berhampiran.
Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib, polis tidak mengeluarkan sebarang arahan perintah berkurung di Lahad Datu ekoran insiden itu. "Saya diberi kuasa untuk melaksanakan perintah itu dan tiada sebarang perintah itu dikeluarkan seperti yang dilaporkan," katanya sambil memberitahu bahawa keadaan di Kampung Tanduo kini terkawal dan tenang. Sumber
Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib, polis tidak mengeluarkan sebarang arahan perintah berkurung di Lahad Datu ekoran insiden itu. "Saya diberi kuasa untuk melaksanakan perintah itu dan tiada sebarang perintah itu dikeluarkan seperti yang dilaporkan," katanya sambil memberitahu bahawa keadaan di Kampung Tanduo kini terkawal dan tenang. Sumber
Salam, tak berani nak komen serah pada mereka yang hanya boleh memberi kenyataanya.
BalasPadamHarap isu ini dapat ditangani tanpa pertumpahan darah di meja rundingan.
BalasPadamhurm ngeri jugak tragedi ni. nampak serius!
BalasPadamkalau rakyat sendiri cepat je tembak dgn gas pemedih mata tangkap sepak terajang...
BalasPadamyg masuk menceroboh negara dah lama dah terang-terang, baru nak ambik tindakkan, dah jadi camni, siapa yg salah?...
moga dpt diselesai dgn segera...
Al Fatihah pada Pahlawan yg gugur.
adik saya bertugas di Sandakan melaporkan petang kelmarin 2 terbunuh komanden kita. dia mohon agar 1 Sabah 1 malaysia doakan keselamatan di Lahad datu sabah..terima kasih info anda ya Zul
BalasPadamminta izin copy gambar no 2 tu ya Zul..tq ada entry di Pesona Blog
BalasPadamharap penceroboh tuh dapat ditumpaskan...
BalasPadamsalam
BalasPadamkesudahannya ada juga yang terkorban
takziah kepada keluarga mereka