Ketua Polis Negara berkata seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang manakala enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu.
Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata, polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu dan enam mayat anggota polis yang terkorban itu dihantar ke Hospital Semporna. "Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di laman web rasmi PDRM," katanya. SUMBER

Kesultanan Sulu Sedia Berunding, Mahu Tuntutan Ke Atas Sabah Diiktiraf
KUALA LUMPUR: Insiden keganasan di Sabah yang telah menyebabkan 22 kematian hanya akan tamat secara aman sekiranya Manila bersetuju dengan tuntutan pengikut Kiram yang mendakwa negeri utara Borneo itu adalah milik keturunan Sultan Sulu, lapor akhbar Filipina pada Ahad. Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III berkata kepada Philippine Daily Inquirer beliau masih lagi membuka pintu rundingan dengan pentadbiran Aquino walaupun kerajaan Filipina itu menyebelahi kerajaan Malaysia.
"Rundingan masih belum terlambat kerana saya mengatakan semuanya masih terbuka," kata Jamalul dipetik media Filipina di kediamannya di sana petang Ahad. Jamalul yang mendakwa beliau merupakan keturunan diraja Sulu yang memiliki negeri Borneo itu dilaporkan berkata keluarganya hanya menuntut tanah mereka di Sabah. SUMBER

Filipina Tawar Bantuan Kepada Malaysia
KUALA LUMPUR: Kedutaan Filipina di sini menawarkan bantuan kepada pihak berkuasa Malaysia dalam mencari jalan penyelesaian damai bagi menangani insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.
Tawaran itu disampaikan oleh Duta Besar Filipina ke Malaysia, J. Eduardo Malaya dan Setiausaha Rendah Luar Filipina, Jose S.Brillantes semasa mesyuarat ringkas dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di Lahad Datu pada hari Ahad, 3 Mac 2013.
Beliau berkata mereka ingin melihat jika boleh membantu pihak berkuasa tempatan dalam mencari resolusi damai dan mengelak lagi pertumpahan darah, sejajar dengan lafaz Presiden Filipina Aquino III dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. SUMBER

salam en zul...
BalasPadamsenang bebenor org masuk negara kita yer.. ngaku2 tanah tok nek die punya... ish3.. eden pn nk ngaku juga ler keturunan raja sulu wakakaka..
al-fatihah utk rakyat kita y terkorban
W_salam Nadia..
Padamharapan masalah besar sebegini dapat ditangani pihak berwajib
secepat mungkin..kita sendiri rasa tak tenteram bila kedaulatan
negara mudah di ceroboh oleh anasir luar dan bersenjata begitu
Masalah PATI ini adalah masalah global bukan mudah untuk mengawal perairan negara yang luas.
PadamMasalah PATI juga berlaku di Amerika Syarikat dengan kemasukkan di sempadan Mexico dan Amerika.
Kalau disorot sejarah bender dah ratusan tahun sudah berlalu... dan telah pun tergadai... jadi tiba-tiba mintak balik mmg memeningkan... sepatutnya ratusan tahuh juga sepatutnya bender ini dibuat tuntutan yak :) asal kapas dari benang... drp benang dibuat kain...
BalasPadammakin parah la ni rasanya. kalau masih nak ngaku tanah tu diorang punya. sekarang macam nak rampas gitu je. memang la kena ada rules tapi kalau dah macam gini nak tanahnye tu memang susah laa.
BalasPadamhanya mampu berdoa moga kita dilindungi oleh Allah yg esa
BalasPadam