Terkini Tragedi Berdarah : 5 Lagi Polis Terkorban Kali Ini Di Semporna Sabah

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar hari ini mengesahkan lima anggota polis terkorban dalam serang hendap kumpulan bersenjata di Semporna, Sabah. Katanya, polis pada petang semalam menerima maklumat mengenai kumpulan bersenjata di Kampung Seri Jaya Simunul, Semporna.

 
Berdasarkan maklumat tersebut, pasukan polis dari ibu pejabat polis daerah Semporna memasuki kawasan tersebut namun diserang hendap sebaik tiba, katanya dalam sidang media di Felda Sahabat, Lahad Datu. Dua orang anggota kumpulan bersenjata itu turut terbunuh. 

Polis kini mengepung kampung terbabit untuk mengesan saki baki kumpulan itu.Jumlah kematian melibatkan anggota kita kini meningkat kepada tujuh orang dalam tempoh dua hari dalam kejadian serangan dipercayai paling buruk sejak pemberontakan komunis. SUMBER



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Mac 03, 2013

3 Komen:

  1. Satu berita yang amat
    menyedihkan..apa dah
    jadi nih..??

    BalasPadam
  2. Terkini selepas 5 ada penambahan seorang lagi merujuk berita terkini TV3 jam 10.00 tadi. Menyedihkan..apa dah jadi ?

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama03 Mac, 2013

    Berita Terkini TV3 sudah melaporkan jumlah anggota keselamatan terkorban. Mungkin ramai menyoalkan tindakan pihak keselamatan lambat menyalurkan maklumat terkini.

    Saya percaya anggota keselamatan menjalan tugas mereka dengan baik bagi memastikan keamanan dan keselataman orang awam terpilihara. Mungkin mereka tidak mahu misi yang bakal dilaksanakan gagal apabila ada kebocoran maklumat. Saya masih yakin pihak keselamatan melakukan dengan profesional.

    BalasPadam