Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini. Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.
Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku. Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut. - Bernama
TERKINI Tragedi Lahad Datu
NOTA: Nampak gayanya pertempuran telah bermula, takkan pihak keselamatan negara kita nak terus berdiam diri sahaja selepas ini? Kedaulatan negara kita telah diceroboh dan sudah ada pula kematian dalam pasukan keselamatan kini. Sesuatu yang amat menyedihkan, simpati dan takziah dari blog ini untuk ahli keluarga anggota Komando Polis yang terkorban itu.
Nampaknya, insiden ini mungkin berakhir dgn tragedi yg kita tak nak dengar
BalasPadamtak pasal2 negara kita pula yang berperang...harap anggota keselamatan kita mampu tangani masalah nih dengan jayanya...
BalasPadam