Dalam operasi Ops Daulat hari ke-6, pasukan keselamatan meningkatkan kekuatan dengan penambahan anggota ke ground zero bagi mempercepat proses membersihkan Lahad Datu daripada penceroboh militan, sekali gus menamatkan konflik pencerobohan di daerah itu.
Kor bantuan tempur dari Kuching berlepas ke Lahad Datu semalam hari kelima Ops Daulat dilancar, bagi membantu operasi menggempur habis-habisan dan memburu saki-baki penceroboh di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu.
Operasi susulan dan penggeledahan bagi memburu saki-baki penceroboh militan hari ini kembali menyaksikan kejadian berbalas tembak antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan itu. Belum ada tanda keadaan semakin reda, kerana masih ada saki baki penceroboh di merata kawasan.
Pasukan keselamatan melancarkan gerakan secara ofensif terhadap kumpulan penceroboh militan dari Sulu pada 5 Mac. Sepanjang konflik yang bermula 12 Februari itu seramai lapan anggota polis terkorban dan 53 musuh telah ditembak mati. - Bernama
Lagi gambar-gambar sekitar Operasi Ops Daulat di sini KLIK
kami doakan semoga adik bro dan wira² yang lain selamat dan dilindungiNya..
BalasPadamTerima kasih Bro..
Padambegitulah harapan kita
semua rakyat Malaysia
semoga penceroboh negara dapat ditumpaskan
BalasPadamMoga Wira Bro selamat pergi dan kembali...
BalasPadamsalam
BalasPadamrupanya kisah perang ni belum mahu menunjukkan tanda2 mahu tamat
moga2 tak ada lagi yang terkorban
masih lagi belum reda ke bro
BalasPadamAssalam...
BalasPadamDah lama tak singgah sini.
Moga pejuang2 negara berjaya pertahankan kedaulatan negara..
Semoga semua dapat selesai secepat mungkin.
BalasPadamDan pejuang negara selamat kembali..ameen
masa inilah baru kita kenal askar-askar kita ni macam mana..
BalasPadamSeram sejuk melihat keadaan di sana. Semoga keadaan menjadi tenang dan aman semula nanti.
BalasPadamAtm.pdrm.apmm. dan semua yang terlibat. Selamat bjuang untuk kalian. Semoga Yang Esa sentiasa melindungi anda semua. Tabik hormat.
BalasPadam