Jadual Tangga Gaji Baru (SST) Polis PDRM Dan Tentera ATM 2013



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru mengumumkan kenaikan gred gaji bagi mereka yang berkhidmat dalam pasukan keselamatan PDRM dan ATM untuk disetarakan dengan perkhidmatan awam lain dalam sistem saraan baru yang digelar Sistem Saraan Transformatif (SST) yang akan meningkatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengumumkan berkuat kuasa 1 Januari 2013, kerajaan bersetuju pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia diseragamkan jawatan atau gred gaji. Ianya mencakupi skop fungsi tugas, struktur pangkat dan juga kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM dan PDRM.

 
Gred tangga gaji SST baru Polis PDRM


 
Gred tangga gaji SST baru Tentera ATM
 

Sebagai contoh, Koperal dalam ATM dan PDRM yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan atau gred gaji 17 disetarakan dengan gred jawatan atau gred gaji 22 Perkhidmatan Awam. Sarjan yang dulu dalam kelompok gred jawatan 27 disetarakan dengan gred jawatan 29 Perkhidmatan Awam Am. Bagi jawatan Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41 disetarakan dengan gred jawatan 44.

Untuk jawatan Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41, diletakkan dengan gred jawatan baru iaitu 46A sementara Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dalam kelompok gred jawatan 48 disetarakan dengan gred 52.

Penyelarasan gaji itu berkuat kuasa 1 Januari 2013 dan melibatkan 102,434 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 131,904 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala bagi penjawat awam lain dimana kenaikan gaji antara RM80 dan RM320 sebulan akan bermula pada 1 Julai.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Mac 13, 2013

16 Komen:

  1. Semoga peyelarasan ini akan menaikkan semangat mereka yang bertugas menjaga keamanan dan mempertahankan negara.

    BalasPadam
  2. Salah satu penghargaan oleh pihak kerajaan kepada pengorbanan anggota keselamatan negara.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama13 Mac, 2013

    Bagaimana konstabel sokongan dan konstabel .....adakah masih berbeza ataupun konstabel sokongan d anak tirikan

    BalasPadam
  4. memang beruntung mereka kerajaan ambil berat...

    BalasPadam
  5. naik lagi hee..brg akan naik lagilah camni...

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama13 Mac, 2013

    UNTUNG BAGI ANGGOTA YANG DAH LULUS PTK. BEZA GAJI MEMANG KETARA. DIHARAP DIKAJI SEMULA BAGI ANGGOTA YANG BELUM LULUS PTK SEBAB PTK DAH DIMANSUHKAN.

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama13 Mac, 2013

    UNTUNG BAGI ANGGOTA DAN PENJAWAT AWAM YANG DAH LULUS PTK KERANA BERBEZAAN GAJI YANG KETARA WALAUPUN ANGGOTA YANG TAK LULUS PTK MASIH BERSEMANGAT UNTUK LULUS PTK BAGI MENINGKATKAN TANGGA GAJI. DIHARAP PIHAK KERAJAAN DAPAT MEMBUAT KAJIAN YANG SEWAJARNYA BAGI ANGGOTA DAN PENJAWAT AWAM YANG BELUM PTK AGAR GAJI YANG LEBIH SEIMBANG DENGAN PENERIMA YANG TELAH LULUS PTK.

    BalasPadam
  8. penghargaan kepada warga keselamatan negara...tahniah buat mereka...

    BalasPadam
  9. ada setengah kata tak sah sebb kerajaan sebenar dah x de, cuma yg ada ni kerajaan sementara je tiada hak lagi utk berbuat apa2 pun...

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama14 Mac, 2013

    apa pun surat khabar dah PRINT SEBAGAI BUKTI...HE..HE...

    BalasPadam
  11. salam
    terima kasih kepada kerajaan

    cuma aku fikir adalah lebih baik kerajaan buat penyelarasan dan kenaikan gaji serentak kepada semua
    cara sekarang kedengarannya banyak kali kerajaan berikan kenaikan gaji
    dan
    banyak kali pula peniaga ambil peluang naikkan harga barang

    BalasPadam
  12. Balasan
    1. Tanpa Nama12 April, 2013

      SALAM TUAN YANG BERKENAAN MAAF NAK TANYA GAJI TENTERA NAIK 3 INCREAMENT ATAU NAIK GRED SAHAJA MOHON PENJELASAN

      Padam
    2. Tanpa Nama14 April, 2013

      syukur la....

      Padam
  13. Memang patut golongan yg mempertaruhkan keselamatan diri utk kebahagiaan rakyat dihargai

    BalasPadam