Hiasan Mural Dinding Menceriakan Suasana Hadapan Rumah Apartment

Hidup di apartment maupun rumah bertingkat yang lain seperti kondominium atau rumah flat agak suram jika dinding luar hadapan rumah yang kelihatan sama di setiap rumah. Begitu jua dengan suasana di kawasan perumahan saya di sebuah apartment sekitar Ampang.

Ada empunya rumah yang akan mengecat dinding rumah mereka dengan pelbagai warna, tetapi hanya di bahagian dalam rumah sahaja. Jarang kita jumpa orang yang cuba menghiasi ruang atau dinding hadapan rumah apartment masing-masing.

Mungkin kelihatan agak janggal jika seluruh perumahan tersebut berwarna putih dengan tiba-tiba persekitaran rumah kita berlainan tona warnanya. Pernah juga saya jumpa ada yang mengecat besi gril rumah mereka dengan warna yang terang agar kelihatan berlainan dengan rumah jiran sebelah.


 
 
Bagaimana mengisi ruang apartment anda dengan taman herba? KLIK

Saya sendiri memang bosan bila melihat semua seakan sama sahaja setiap kali berada di ruang hadapan rumah. Dengan kreativiti yang ada pada tangan Mrs saya, beliau telah mencurahkan bakat terpendam melukis mural rekaan sendiri di sekitar dinding luar rumah kami untuk memberi suasana yang agak ceria bila orang memandangnya.

Dengan menggunakan beberapa tin cat terpakai untuk satu projek  lain sebelum ini, maka terhasillah corak taman bunga seperti gambar di atas. Tidak memerlukan masa yang lama untuk menghasilkan ruang sebegitu,  hanya mengambil masa beberapa jam sahaja dengan bantuan beberapa orang tetangga.

Kini ruang hadapan rumah apartment saya tidak lagi kelihatan membosankan terutama apabila waktu petang, kanak-kanak mula bersantai di hadapan rumah bermain sesama sendiri. Begitu juga para suri rumah yang selalu 'bermesyuarat' sesama mereka dalam suasana yang lebih menarik dan ceria kini.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Mac 12, 2013

11 Komen:

  1. Nicelah bang zulkbo,
    tak payah tanam pkok lagi..mmg ceria!

    BalasPadam
  2. salam.rajin suri hati tu hee... pasni belah blkg rumah pula. kreatif sungguh

    BalasPadam
  3. Salam, kalau kreatif mmg cantik, lawo dan berseri yak :)

    BalasPadam
  4. wah rajinnya bro, cantik plak hasilnya...

    BalasPadam
  5. Kreatif betul mrs tu. Lawa sungguh.

    BalasPadam
  6. menarik..barulah ceria kan...:)

    BalasPadam
  7. aku ingatkan tadika tadi..

    BalasPadam
  8. Sudah tentu bunganya sentiasa mekar dan tidak perlu siram air serta dibaja. :-)

    BalasPadam
  9. salam
    tahniah, bro
    aku suka melihatnya
    memang sesuai sangat

    BalasPadam
  10. cantik jugak....yang penting kita kena kreatif guna apa yang ada...=D

    BalasPadam