Gambar Sekitar Ops Daulat Tragedi Lahad Datu Sabah

Selepas tiga minggu bertolak ansur dengan pengganas Sulu dari selatan Filipina, pasukan keselamatan semalam melancarkan serangan besar-besaran menerusi Ops Daulat terhadap mereka yang berkubu di Kampung Tanduo, di sini semalam.

Serangan tiga peringkat bermula dengan pengeboman lokasi pengganas menggunakan tiga pesawat pejuang F-18D Hornet dan lima Hawk Mk-208 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selama 10 minit bermula jam 7 pagi yang terbang dari pangkalan TUDM di Labuan.






Ia diikuti serangan menggunakan mortar 81mm sebelum menghantar anggota masuk untuk mengesan pengganas.

Serangan peringkat ketiga ialah operasi ‘menggeledah dan membersih’ yang disertai kira-kira 1,000 pegawai dan anggota 21 Grup Gerak Khas, pasukan atur cepat 10 Briged Para serta Komando VAT69 dengan bantuan kereta perisai APC Condor.

Operasi membabitkan zon penampan kawasan selamat seluas 10 kilometer (km) persegi dari lokasi sasaran serta zon operasi pengeboman seluas empat kilometer persegi.





Bagaimanapun, sehingga jam 9 malam tadi, pasukan keselamatan belum mengumumkan bilangan pengganas yang terbunuh atau ditawan. Namun, menurut sumber 20 hingga 30 mayat telah ditemui.

Sambil menyifatkan Ops Daulat mencapai matlamat awal, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mengesahkan tiada anggota pasukan keselamatan yang cedera atau terkorban dalam serangan itu.

SUMBER


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Mac 06, 2013

10 Komen:

  1. Tugas getir buat anggota keselamatan untuk menghapuskan saki baki tentera Sulu.

    BalasPadam
  2. moga ianya berakhir secepat mungkin

    BalasPadam
  3. semoga anggota keselamatan berjaya , selamat pergi dan selamat pulang , amin .

    BalasPadam
  4. Semoga semuanya dapat diselesaikan secara aman.

    BalasPadam
  5. sama2 kita teruskan berdoa agar tiada lagi aggota keselamatan yg terkorban dan konflik ni selesai dengan aman.

    BalasPadam
  6. teruskan memperjuangkan kedaulatan negara

    BalasPadam
  7. salam
    harap lepas ni tak ada lagi jiwa yang terkorban

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama08 Mac, 2013

    sebagai seorang bekas tentera...saya amat sedih dengan diatas kematian para pejuang kita.... tapi merasa lebih sedih dan bengang pun ada kerana ada segelintir bangsa melayu kita yang memberi kenyataan yang berlaku ini semuanya' LAKONAN'' ...gambar yang disiarkan tentang polis yg mati semuanya rekaan ..... kalau betullah semua ini ''LAKONAN'' adakah 8 polis yg mati tu aktornya....

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama09 Mac, 2013

    Siapa yang berlakon? Juara liwat kut dan bekas bandit Tien Chua? atau Matt Sabu? Mereka ini mesti ditahan dulu untuk soalsiasat kerana mereka telah berurusan dengan pihak Simata satu Kiram lll dan Nur Misuari MNLF... Atau mungkin dalam balai Polis sempurna atau Lahad Datu ada hantu kut? DENGAR CERITA MEREKA DISEMBELIH HIDUP HIDUP sebelum diganyang organ organ dalam badan wira wira kita yabg terkorban itu. HARAPAN KAMI KEPADA vAT 69....tOLONG BAA BALIK KEPALA sULU fILIPIN TU 5 EKOR KE hulu Kinta..... Nak buat kenangan...

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama09 Mac, 2013

    Kepada balu balu wira kita yang telah Syahid, ucapan takziah dari kami dan banyakkan sedekah Alfatihah dan Yasin serta berdoa untuk mereka...Kepada Vat69 jangan lupa bawa balik ole ole dari semporna 5 kepala pengganas sulu ya... Salam perjuangan dari pendekar Melayu dan bekas ATM dan PDRM....

    BalasPadam