Tahniah buat dua pasangan pengantin popular yang pernah menyumbang trafik yang banyak ke blog ni dengan gambar-gambar perkahwinan mereka tempohari. Berkat dirahmati Allah pernikahan tersebut, dikurniakan zuriat awal dan semoga menjadi anak-anak yang baik dan beriman hendaknya.
Pelakon Ayu Raudhah, 28, selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat seberat 2.79 kilogram kira-kira pukul 2.17 petang Jumaat di Hospital Columbia, Johor Bahru (JB). Suaminya yang merupakan pemain bola sepak kebangsaan dan kini beraksi dengan pasukan Johor, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 25.

Bagaimanapun, tambah Zaquan, dia dan isterinya masih lagi belum memikirkan nama yang sesuai buat anak sulung mereka itu lagi dan membiarkan isterinya berehat dahulu. Ayu dan Zaquan telah mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah. Untuk pengetahuan pembaca semua, saya dan Zakuan dinikahkan oleh imam yang sama Baca Sini
Sementara itu, pelakon Irma Hasmie juga mendapat anak lelaki seberat 3.93 kilogram pada pagi Jumaat di sebuah hospital Swasta di Kuala Lumpur. Suami Irma, Redza Shah Azmeer memaklumkan khabar gembira itu menerusi laman Twitter miliknya dan memberitahu bahawa isterinya berada dalam keadaan stabil selepas proses kelahiran. Irma Hasmie dan Redza Shah telah bernikah pada 29 Jun 2013 di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya.
Tahniah...
BalasPadamtahniah
BalasPadamTahniah.. comel bayi depa
BalasPadamwahh..tahniah. tahniah.
BalasPadamtahniah buat mereka..
BalasPadam