Video Pembantu Rumah Di Kuantan Dera Bayi Berusia 4 Bulan

Memang agak menyedihkan bila masih lagi kedengaran ada kes penderaan kanak-kanak oleh pembantu rumah berlaku masakini. Dalam kita sukar mendapat khidmat pembantu rumah yang semakin tinggi kosnya kini, terjadi pula kejadian yang tidak sepatutnya berlaku dalam rumah kita.

Satu langkah yang bijak dibuat oleh seorang bapa yang bertindak memasang CCTV pengawasan di rumahnya sebagai langkah berjaga-jaga. Ini terbukti apabila seorang pembantu rumah warga asing ditahan polis untuk siasatan selepas perbuatannya melambung anak majikannya berusia empat bulan sehingga terjatuh dirakam menerusi kamera litar tertutup CCTV.




Menurut sumber (klik), perbuatan pembantu rumah berumur 24 tahun itu ditonton majikannya itu menerusi komputer ribanya ketika beliau sedang minum di sebuah restoran di Kuantan. Majikannya itu terkejut melihat perbuatan wanita pembantu rumah yang sekejam itu diperlakukan pada bayi berusia 4 bulan tersebut.

Beliau bergegas pulang dan membawa bayi lelakinya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan untuk pemeriksaan dan didapati bayi tersebut mengalami lebam-lebam di tangan dan cedera di kaki kirinya namun keadaannya dilaporkan stabil.

Sebagai pengajaran untuk kita semua, agar sentiasa berhati-hati dalam mencari pembantu rumah. Sudah banyak kes 'busuk hati' pembantu rumah berlaku, termasuk mencampurkan kotoran dalam makanan majikan mereka. Harapan video ini membuka mata kita semua, ada manusia yang dikategorikan 'tak stabil' mungkin berada di dalam rumah kita.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Februari 17, 2013

17 Komen:

  1. sangat kejam pembantu rumah tue.

    BalasPadam
  2. tu la terkejut betul masa tengok tv3 mlm td
    ganaz sungguh pembantu rumah tu... macm naik hantu je...

    BalasPadam
  3. indon memang jangan dibagi muka sangat..

    BalasPadam
  4. huhuuu.... walaupun belum ade anak sendiri,
    tapi bila tengok video2 kekejaman trhadap budak2 ni..
    aisehhh.. ngilu rase hati..

    BalasPadam
  5. salam,

    semoga kisah ini jadi pengajaran kpd semua.

    p/s: saya ada email untuk mnta bantuan mengenai blog saya, harap sudi membantu mana yang mampu.

    BalasPadam
  6. apsal dia buat macam tu agaknya ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia sasau agaknya berjauhan dgn famili...

      Padam
  7. salam bro..
    kena hati hatilah kita untuk memilih pembantu rumah....
    itu yang ada cc camera ...yang tiada bagaimana nak tahukan...?
    pe pun mungkin dah sampai masanya kita pandang serius tentang hal ini...

    BalasPadam
  8. SATU PERBUATAN YANG AMAT KEJAM.. KALAU BOLEH KITA
    CAMPOK PULAK KE DIA MACAM TU JUGA AMACAM?

    BalasPadam
  9. assalam, sungguh kejam....semoga kita lebih berhati2 lps ni...

    BalasPadam
  10. salam
    nampaknya kelayakan untuk menjadi pembantu rumah juga perlu diberatkan sekarang
    mana boleh ikut tangkap muat je

    BalasPadam
  11. Tlg benarkn nurseri d tmpt keja..kalo xmahu bnda ni berlaku lg..kesian ank2 yg xtau apa diperlakukan begitu rupa.

    BalasPadam
  12. Ooo...ni video yang anak ambe cakapkan malam tadi...

    Macam2 si anak ambe tanye kenapa dan mengapa...

    Kejam!

    BalasPadam
  13. tak sanggup nak tengok kali kedua. dah macam anak patung je baby tu. pembantu rumah stress sangat dan kurang ilmu jaga anak agaknya.

    BalasPadam
  14. ibu darwisya19 Februari, 2013

    xsampai ati nak tgk..bile kes2 dpertontonkan tiap kali tu jua airmata ibu ni menistis n trasa mcm ank sendiri d perlakukan seteruk ini...frust sgt!!!

    mentel n tak berhati perut!!!

    BalasPadam
  15. tak sanggup nak tengok sampai habis. sedih sangattttttttttttttttt
    ketar badan tengok video tu walaupun kejap ja :(

    BalasPadam
  16. memang sewel amah uh,,agaknya anak2 die pon kene cm uh,,

    BalasPadam