Layan koleksi gambar lama sekitar tahun 1976 yang dimuat naik ke Facebook keluarga. Tersengih-sengih saya bila nampak gambar ni dan tak tahu bagaimana Pak Ngah saya dapat gambar ini? Beliau adalah orang yang bersungguh-sungguh menjayakan Facebook keluarga untuk mengumpul seramai mungkin saudara-mara di sana. Maka keluarlah pelbagai gambar-gambar lama yang ada di antaranya saya sendiri dah lupa bila ianya diabadikan.
Dah macam jadi tradisi saya dan abang sulung apabila bergambar pada zaman tu, mesti Mak akan pakaikan kami baju sekolah, sebab hanya pakaian tu je yang cantik. Al-maklum zaman Felda buah sawit tak de harga, nak beli pakaian cantik memang tak berduit. Selalu yang baru dibeli benda yang dikira wajib sahaja, contoh seragam sekolah. Jadi bila sesi bergambar begini, pakaian sekolahlah yang akan saya pakai. Ada satu lagi gambar saya berpakaian sebegini (KLIK).
Dalam 7 orang generasi kedua Felda yang bergambar di atas, yang paling muda sekali ialah adik perempuan saya yang paling depan dengan rambut 'toncit'nya, yang kini telah berusia 4o tahun. Dah beranak 5 beliau, anda boleh mengikuti kisah hidup beliau yang pernah saya memorikan di blog ini (KLIK). Bergambar dari kiri adalah Abang Din, Anis (duduk), Atan Bulan (sebab dia bulat masa kecik-kecik), Kak Anja, Saya (berbaju sekolah) dan berdiri di belakang dan paling tinggi adalah Abang Tan@ Ustaz Janum.
Pergh!!! Nostalgia betul ni! :D
BalasPadamkira nostalgia betul ni..
Padamgambar pun dah ada warna
cuma kelabu asap je main
dengan filem murah gamaknya
he he..
yang belah tengah ada?haha
BalasPadamwah..bagus usaha Pak Ngah bro tu, menggunakan teknologi dalam mengeratkan silaturahim antara keluarga
pernah cuba belah tengah..
Padamnampak macam hampeh je saya,
sekarang tukar sebelah kiri
dulu kanan..huhu
Salam,
BalasPadamSuami saya fesyen senang..
xyah belah tepi atau tengah bagai..
xnak cuba?
he3
Fesyen sikat rambut belah tepi paling mudah dilakukan. Berkilat sahaja rambut pergi sekolah. :-)
BalasPadamdulu rambut kita kan disikat oleh ibu, memang gitulah stailnya hihihi
BalasPadamsalam
BalasPadamhehe zaman belah tepi ni sebelum zaman afro look ni
hehe
masa kecil dulu, memang belah tepi pun masa emak buat.
BalasPadamKalau rambut belah tepi tu memang femes time sekolah dulu dulu
BalasPadamsekarang pun ada lgi belah tepi...skema habis. terbaiklah gambar penuh nostalgia ni.
BalasPadamRambut belah tepi menjadi pilihan ibu2 kita. Kenapa? Hahaha
BalasPadam