Selamat Datang Ke Portal Khas PRU KE-13 ONLINE

Selamat datang ke Portal PRU Ke-13 ONLINE (klik). Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 30 Januari 2013, telah memperkenalkan sebuah laman sesawang khas www.pru13.gov.my yang akan memuatkan segala informasi serta proses berhubung perjalanan pilihan raya umum ke-13. Portal khas PRU-13 ONLINE ini dilancarkan khas untuk PRU Ke-13 sahaja dan ianya tidak bertujuan untuk menggantikan laman sesawang asal SPR.


Tujuan utama Portal PRU Ke-13 ONLINE adalah untuk menyampaikan makluman, penjelasan dan penerangan mengenai Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang. Portal ini turut menyediakan maklumat asas mengenai sistem pilihan raya di Malaysia, bahagian pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, pembaharuan yang akan diperkenalkan dalam PRU 13 seperti penggunaan dakwat kekal, kaedah pengundian awal dan sistem pengundian bagi pemilih berdaftar dalam kalangan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara.

Portal ini juga akan menyediakan penjelasan-penjelasan terhadap isu-isu berkaitan urusan pilihan raya yang ditimbulkan oleh para pemilih, parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan supaya mereka yang berkenaan memahami keperluan peraturan-peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuhi berkaitan urusan pilihan raya.  Ini bertujuan supaya tidak timbul kekeliruan atau keraguan dalam kalangan para pelanggan SPR berhubung isu-isu berkaitan sistem dan proses pilihan raya.


Melalui portal ini juga orang ramai akan mendapat maklumat-maklumat terkini mengenai PRU Ke-13, bermula dengan urusan penamaan calon sehinggalah kepada pengisytiharan  calon-calon yang menang oleh Pegawai-pegawai Pengurus di bahagian pilihan raya masing-masing.  Selain itu, perkara-perkara mengenai ‘dos’ and don’ts’ semasa urusan pilihan raya seperti pada Hari Penamaan Calon, semasa tempoh rasmi  berkempen dan pada Hari Mengundi, urusan  pengiraan dan penjumlahan rasmi undi sehingga selepas keputusan pilihan raya diumumkan juga disediakan supaya perjalanan PRU 13 berjalan lancar dan terkawal.

Dengan Portal PRU Ke-13 ONLINE, SPR berharap ia akan membantu semua pihak yang terlibat sama ada pemilih, parti-parti politik, badan-badan bukan kerajaan dan pihak media sebagai sumber rujukan untuk mendapat maklumat-maklumat yang tepat serta penjelasan-penjelasan yang betul terhadap apa-apa isu atau perkara yang berkaitan dengan pilihan raya.

Antara yang ada di dalam laman web khas PRU 13 ini adalah statistik Pengesahan DPT Suku Tahun 1/2012 pada 1 Jun 2012 mengikut negeri:

Negeri
Jumlah
Perlis
133,741
Kedah
1,013,910
Kelantan
894,941
Terengganu
623,713
Pulau Pinang
826,148
Perak
1,383,008
Pahang
718,994
Selangor
1,977,420
W.P. Kuala Lumpur
775,555
W.P. Putrajaya
14,305
Negeri Sembilan
538,781
Melaka
431,463
Johor
1,558,410
W.P. Labuan
24,270
Sabah
946,638
Sarawak
1,051,293
Jumlah Keseluruhan
12,912,590

Laman web itu diwujudkan bagi memastikan orang ramai mendapat maklumat tepat dan sahih kerana sudah menjadi kebiasaan setiap kali pilihan raya diadakan pelbagai khabar angin akan timbul. Setiap maklumat yang dimasukkan adalah terkini dan pegawai SPR akan memastikan ia sentiasa dikemaskini. SPR juga akan pastikan tahap keselamatan untuk mengelak laman web digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Februari 02, 2013

4 Komen:

  1. Tugas berat pertugas berat memastikan maklumat yang disampaikan tepat dan telus.

    BalasPadam
  2. biasalah orang buat provokasi memang akan berlaku bila PRU tiba. kadang2 tak paham, malaysia negara aman tapi bermusuh sesama sendiri.

    BalasPadam
  3. Marilah mari---- Maring mengundi --- menyanyi2...

    BalasPadam