Layan Karenah Anonymous Tentang Harga Bilik Hotel Cecah RM 3 Juta

Biasa saya tak layan pengomen tanpa nama atau 'Anonymous' nih! Tetapi entri saya berkisah tentang Bilik Hotel Termahal Di Dunia (KLIK), begitu mendapat sambutan dari Anonymous yang seolah tidak berpuas hati dengan sumber yang saya berikan. Beliau asyik menyalahkan saya agar membetulkan fakta dari sumber yang beliau perolehi.

Isu utama yang beliau pertikaikan berkenaan harga sewa semalam bilik hotel tersebut mencecah RM 3.07 juta. Saya ada menjengah sumber yang beliau berikan dan saya bersetuju, tetapi saya suka berpegang pada fakta dan bukti yang saya ada. Saya ingin menyatakan kepercayaan saya pada sumber yang saya dapat berdasarkan;
  1. Sumber yang saya dapat dari sebuah majalah berprestij, Majalah Dewan Ekonomi terbitan dan cetakan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka. Sudah tentu mereka ada sumber dan alasan tersendiri menulis angka sedemikian.
  2. Sumber yang beliau berikan adalah untuk bilik penthouse biasa (yang boleh di tempah orang kebanyakan secara online), sedangkan bilik yang berharga RM 3.07 juta semalam adalah 'bilik khas' yang pernah digunakan oleh manusia ternama dunia. Antara yang pernah menjadi tetamu bilik tersebut ialah Bill Clinton, Mikhail Gorbachev, Tony Blair, Bill Gates, Sir Richard Branson dan Michael Jackson.
  3. Saya sertakan di bawah 3 bukti bergambar Majalah Dewan Ekonomi keluaran Oktober 2012, dan mukasurat 46 majalah tersebut yang menjadi sumber saya sebagai memuaskan ketidakpuasan hati manusia bergelar pengomen 'Anonymous' tersebut.
 
Sumber: Majalah Dewan Ekonomi
Percetakan: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Keluaran: Oktober 2012 
 
 
Artikel: Bilik Hotel Termahal Di Dunia 2012

 
Mukasurat: 46 
 
NOTA: Maaf buat pembaca blog ini kerana saya terpaksa memadam komen-komen berunsur menyindir dari pengomen 'Tanpa Nama' atau 'Anonymous' itu. Terakhir beliau komen menggunakan profile Sag3010 yang beliau cipta semata-mata hendak komen ketidakpuasan beliau dengan harga bilik hotel tersebut yang mencecah RM 3.07 juta. Harapan saya penjelasan di atas dapat memuaskan hati beliau. Terfikir juga, apa yang menyebabkan beliau sampai bersungguh tidak puas hati? Ermm..macam orang, macam-macam ragamnya kerana rambut sama hitam, hati lain-lain.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Februari 21, 2013

14 Komen:

  1. huh sampai berjuta2... baik rumah banyak hehehe

    BalasPadam
  2. Semalam berjuta. Hanya dalam mimpi sahaja.

    BalasPadam
  3. Tanda info bro tu ada yang beri perhatian..hehehe.

    BalasPadam
  4. salam en zul, nih spesis y suke dok kondem pe org tulis ish3...cian sakit.

    BalasPadam
  5. salam
    pelik juga
    apa yang menyebabkan dia tak puas hati sangat tu?

    BalasPadam
  6. dah lama tak dapat komen dari anon..hehe

    BalasPadam
  7. as salam. hahahha. anon tu best laa. maknanya dia jadi silent readers yang bagus sebab dia mengkritik tu sebenarnya membina. :)

    BalasPadam
  8. siapa kah anon tu? hehe,biasalah bilik hotel termewah kat dunia cecah harga juta2.

    BalasPadam
  9. Salam Zul tidak terminpi didalam minpi jangan ditebing yak :)

    BalasPadam
  10. mungkin kita rasa mahal tp org byk duit x kesah pun harga tu..
    mungkin anymouse rasa x percaya dgn harga berjuta2 :)

    BalasPadam
  11. sanggup dia cipta nama lain semata-mata tak puas hati dgn bro ye...

    BalasPadam
  12. sekarang ni mesti dia tidak boleh kata apa2 lagi

    BalasPadam
  13. nak wat camana kan..haha..

    BalasPadam
  14. Saudara Zulkbo,

    Saya tidak puas hati kerna saudara hanya merujuk pada satu fakta sedangkan saya merujuk kepada berapa fakta dalam internet.Tak apa la kalau saudara tak puas hati...saya tak rugi apa-apa pun,cuma saya ingin betulkan fakta saudara.Profile saya tu telah lama saya cipta dan tidak ada kena mengena untuk komen blog saudara ...sekalian terima kasih...

    BalasPadam