Gambar Majlis Nikah Kahwin Liyana Jasmay Dan Fathuddin


 
Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak. Dengan dua kali lafaz, pasangan Liyana Jasmay, 25, dan Fathuddin Mazlan, 29, selamat diijabkabulkan dan kini sah bergelar suami isteri di sebuah majlis yang meriah di Hotel  Seri Pasific pada  jam 10 pagi, Sabtu, 2 Februari 2013.

Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Liyana iaitu Datuk Jasmay Md Shah dengan disaksikan oleh Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sahirman Ahmad. Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.


 
Foto SAMUEL ONG

Pengantin perempuan menerima seutas gelang emas bernilai RM5500 sebagai mas kahwin sementara wang hantaran sebanyak RM28,388. Manakala Liyana membalas hantaran berupa kasut Prada, dompet, jam tangan Tag Heuer, manisan, tepak sirih dan juga cincin.

Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada sebelah malam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Tahniah dari blog ini untuk kedua mempelai dan keluarga Datuk Jasmay Shah dan Datin Habsah Simpon. Barakallah dan semoga berbahagia hingga akhir hayat.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Februari 02, 2013

8 Komen:

  1. mudah2an ikatan perkahwinan kedua2nya berkekalan hingga ke akhir hayat..amin

    BalasPadam
  2. Tanniah kepada mereka berdua walaupun digamit kontroversi gara-gara gambar pra perkahwinan yang agak intim.

    BalasPadam
  3. gitulah artis kawin semua orang ambik tau... :)

    BalasPadam
  4. semoga mereka berbahagia hingga ke anak cucu...

    BalasPadam
  5. salam moga2 mereka kekal bahagua selamanya

    BalasPadam
  6. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.

    BalasPadam
  7. Takpercaya cinta dah percaya cinta...

    BalasPadam
  8. semoga mereka dipanjangkan jodoh...

    BalasPadam