Tak tahu kenapa dalam banyak-banyak haiwan, ularlah yang paling saya fobia sekali. Melihat kepada rupanya sahaja menjadikan saya tetiba rasa nak lari je, he he. Berpengalaman menemui ular kapak dan ular tedung selar semasa remaja dahulu, walaupun tidak dipatuknya menjadikan saya masih terbayang-bayang kelibat ular tersebut.
Apa pun, setiap kejadian Allah di muka bumi ini pasti ada sesuatu di sebaliknya, sama ada baik atau buruk, terserah pada kita untuk menilainya. Hari ini saya ingin kongsikan fakta sains tentang ular kepada pembaca blog saya semua. Kalau ada di antara kita sebelum ini tidak mengetahuinya, harapan kali ini anda akan mendapat sesuatu dari entri ini.
- Ular adalah karnivor (pemakan daging).
- Ular tidak mempunyai kelopak mata.
- Ular tidak boleh mengunyah makanan jadi mereka menelannya keseluruhan.
- Ular mempunyai rahang fleksibel yang membolehkan mereka untuk makan mangsa yang lebih besar daripada kepala mereka.
- Ular ditemui di setiap benua dunia kecuali Antartika.
- Ular mempunyai telinga dalaman tetapi tidak yang bersifat luaran.
- Ular yang digunakan dalam persembahan ular bertindak balas terhadap pergerakan, bukan bunyi.
- Terdapat sekitar 3000 jenis spesis ular.
- Ular mempunyai anatomi yang unik yang membolehkan mereka untuk menelan dan mencerna mangsa besar.
- Ular dilindungi dalam skala atau 'scutes' pelbagai bentuk dan saiz
- Kulit ular lancar dan kering.
- Ular menyalin kulit mereka beberapa kali setahun dalam proses yang biasanya berlangsung selama beberapa hari.
- Beberapa spesies ular, seperti cobras dan mambas hitam, menggunakan racun untuk memburu dan membunuh mangsa mereka.
- Ular bau dengan lidah mereka.
- Ular sawa membunuh mangsa mereka dengan ketat melingkari dan menyesakkan ia dalam proses yang dipanggil penyempitan.
- Sesetengah ular laut sebahagiannya boleh bernafas melalui kulit mereka, membolehkan untuk selaman dalam air.
- Anacondas adalah yang terbesar, bukan spesis ular berbisa yang ditemui di Amerika Selatan yang boleh mencapai lebih 5 meter (16 kaki) panjang.
- Reticulates Python boleh berkembang lebih 8.7 meter (28 kaki) panjang dan dianggap sebagai ular terpanjang di dunia.
Sumber : sciencekids.co.nz
NOTA: Mengambil kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua rakan-rakan berbangsa Tionghua. Secara kebetulan masyarakat Tionghua mengabadikan tahun ini sebagai Tahun Ular. Saya sendiri masih ternanti-nantikan sampul merah dari boss sempena perayaan Tahun Baru Cina kali ini dan selalunya sebagai bonus tahunan kami semua pekerja. Happy Chinese New Year, Xin Nian Kuai Le!
Dulu ada jumpa ular dan kononnya nak bela. Tapi esoknya, ular tu hilang. Menggagau cari balik. haha
BalasPadamsgt tkot dgn ular..
BalasPadamx kre la apa jnis ular skalipn..
huhu
pernah terserempak dgn ular masa pergi site dalam hutan, sama2 terperanjat tapi nasib baik ular tu lari...
BalasPadamYa Salam.. :D
BalasPadamSelar banyak perkara selar,
Selar dimasak dalam kuali;
Ular banyak perkara ular,
Ular kapak paling ku geli. eeeii...
untung2 dapat ang pau nanti. :D bodek bos lah tu. hehe
BalasPadamwoooottt.. ular tuh.. rasa geleman plak membayangkanya..
BalasPadamKongsi kongsi brother.. kalau dpt angpo merah maknanya
memang ONG ler lu..
Zodiak sambutan Tahun Baru Cina adalah ular. Apakah sifat ular yang digambarkan oleh bangsa Tiong Hua.
BalasPadamkatanya kalau mimpi dipatut ular ada org nak pinang kita, kalau perempuan la... tak pun ada seseorang meminati kita, entah iye ke tidak :)
BalasPadamsalam
BalasPadamselalunya aku takut dengan ular
bukannya geli
Selamat tinggal naga dan a very warm welcome to the Snake
BalasPadamhello bro..
BalasPadamLengkap fakta pasal ular ni bro! moga tahun ni lebih baik dari sebelumnya..
Pernah jugak terserempak dengan ular tedung selar ketika memandu kereta melalui jalan hutan.
BalasPadamhaha..cuti. cutiiiii!
BalasPadamgeli dan gerun dengan ular
BalasPadamkalau jumpa ular memang lari la jawabnya. hehe
BalasPadamgeli geleman tengok ular. nak pegang mintak maaflah...heeee
BalasPadam