Contest Kaca Mata PapaMifz.Com yang anjurkan blogger berkacamata.
Bercerita bab memakai kaca mata dalam hidup saya, adalah seawal darjah 4 di usia 10 tahun di tahun 1979. Kalau di sekolah, saya adalah antara yang terawal memakai kaca mata. Dalam keluarga saya seramai 10 orang, hanya saya dan Emak yang memakai kaca mata. Emak kata mata saya rabun sejak bayi lagi, sebab sebagai Emak sudah tentu beliau lebih mengetahui tingkah laku saya.
Masa tu kalau tak silap saya power mata saya dah mencecah 450. Memang tebal betul kaca mata saya ketika itu dan berbingkai plastik. Sebelum berkaca mata, di Darjah 1 emak telah berpesan pada guru agar saya ditempatkan di barisan depan sekali. Jadi tak berpeluanglah saya duduk belakang. Bagus juga, kesannya kalau exam saya selalu dapat nombor 1-3 sahaja.
Seingat saya kaca mata saya itu ditempah di bandar Temerloh, kira-kira 50 km perjalanan dengan bas Sri Jengka yang hanya pengangkutan awam yang ada masa itu. Itupun kalau tak silap saya hanya 2 perjalanan sehari, dan kalau terlepas perjalanan pagi kenalah tunggu yang petang pula. Maka perjalanan balik terpaksa naik kereta sewa yang agak mahal harganya.
Saya tak ingat berapa harga kaca mata pertama saya dahulu. Saya dan Emak yang pergi menempah seawal pagi dan hanya seminggu kemudian terpaksa pergi semula untuk mengambilnya. Masa tu, kali pertama pakai kaca mata memanglah agak pening sebab tak biasa. Mengambil masa antara seminggu juga untuk membiasakan diri.
Kaca mata itu kekal sehingga saya ke sekolah menengah. Ada kalanya bermasalah yang memaksa saya mengubahsuai seboleh yang mungkin menggunakan apa yang ada. Dawai, selotape dan sebagainya kerana zaman itu warga Felda agak susah jadi saya tak mahu menyusahkan kedua ibu bapa saya dengan permintaan yang bukan-bukan. Zaman itu, satu cermin mata rabun jauh bukannya murah.
Bersekolah menengah di SMKJ2 dan mula dikenali sebagai 'Zul Spek', kerana ramai di antara rakan-rakan mempunyai pangkal nama 'Zul'. Maka antara cara membezakan antara kami, saya mendapat gelaran itu, dan saya tak rasa kekok pun bila rakan-rakan memanggil saya dengan nama sebegitu. Cuma saya sedih terlepas temuduga Polis PDRM kerana saya rabun jauh, antara profesion yang paling saya minati.
Bila saya merantau ke bandaraya, kenangan yang tak akan saya lupakan adalah bila kaca mata saya patah dah tak dapat diselamatkan lagi. Masa tu kerja berapa sangat gajinya, jadi mana yang boleh jimat, saya jimat. Berbingkai plastik, jadi saya mengambil langkah pergi ke Petaling Street membeli bingkai plastik lain yang hanya berharga RM5.
Memandangkan cermin dari kaca mata sedia ada agak besar, saya terpaksa mengolah sendiri agar boleh masuk ke dalam bingkai baru yang saya beli dengan harga RM5 itu. Saya perlahan-lahan mengasah bucu cermin menggunakan batu asah parang di rumah bujang saya. Alhamdulillah, kaca mata berbingkai plastik warna hitam kos 'bidan terjun' tersebut kekal saya pakai selama setahun lebih.
Boss tempat kerja saya pernah menegur saya tentang bingkai tersebut yang agak kelakar seolah rupa topeng 'Robin Batman' katanya. Siapa sangka tuah badan, beliau dengan murah hati menghadiahkan saya kaca mata baru berbingkai jenama Dunlop yang di tempah di England Optical sebagai gantinya. Rasa teruja menggunakan kaca mata berkualiti, sehingga kini saya masih menyimpannya.
Kini setelah bekerja sendiri, saya bersyukur saat-saat kesusahan zaman itu telah berlalu. Di usia memasuki 40 an kini, mata saya memerlukan kaca mata yang mempunyai 'double vision' yang agak mahal harganya. Jika dulu, memang tak terfikir membuatnya kerana harga cermin sahaja boleh mencecah ribuan RM, belum dikira harga 'frame' yang berkualiti lagi.
Bukan jenis yang suka bermegah dengan koleksi kaca mata, tapi saya memerlukan kaca mata 'stanby' sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Dalam banyak-banyak kaca mata yang masih saya simpan, hanya 3 yang berfungsi dengan baik dengan power yang sesuai. Saya lebih mengutamakan kualiti kerana ada kepuasan tersendiri.
Pernah terfikir hendak membuat rawatan lasik sahaja agar tidak perlu menggunakan kaca mata lagi. Tapi ramai di kalangan rakan yang pernah membuatnya menasihatkan saya agar kekal sahaja berkaca mata seperti sekarang kerana rawatan lasik juga akan ada kesan sampingan negatif selepas melakukannya. Akhir kata saya tetap bersyukur dengan kurniaan Allah, walaupun bermata rabun saya masih dapat menikmati 'nikmat melihat' walau hanya menerusi kaca mata, alhamdulillah!
spek 'batman' tu ada simpan lagi, bro...?
BalasPadamitu yang haru nya..
Padamentah mana la simpan
tercari-cari juga tadi
nak post sini :)
Teringin hendak melihat cermin mata 'bat man' penuh dengan nostalgia.
BalasPadamKaca mata tu mungkin di atas
Padamsiling rumah saya simpan dalam
kotak..kalau berkesempatan saya
naik dan snap gambar, post sini
Bro :)
huh klasik ni :)
BalasPadamMemanh klasik kisah nih..
Padammenjadi kenangan sampai
bila-bila :)
penuh drama... terharu sekali
BalasPadamjangan nangis lak Bro..
Padamtahap lawak je kisah tu..
huhu
Salam manis :)
BalasPadamBilala nak mai berpantun di tempat hamba...sampai kelabu mata dok tunggu lama... B-D
W_salam..
Padamnak pi la nanti..
tengah kumpul ilham,
lama dah tak pantun
siap ada peralatan lag tu. hoho..
BalasPadamKo belum tengok peralatan tool saya
Padamrepair jam lagi Titan..lagi gempak..
huhu
lama juga bro berspek ye..good luck dalam contest ni..
BalasPadamMemang dah lama..kira dah jadi satu kewajiban..kalau
Padamtak pakai kira tak jadi kerja la nak buat, apa pun bersyukur
masih boleh melihat walau melalui kacamata, alhamdulillah
olahan cerita dan pengalaman yang menarik. pakai spek pun hensem kacak juga bro ni.
BalasPadamTerima kasih..
Padamhensem..ermm, cukup dah
orang rumah saya selalu
puji saya..he he
bro terima kasih sebab sudi join contest den yor...:)
BalasPadamsemoga berjaya...:)
Sama-sama..
Padammenyahut seruan Bro
juga saya join contest ni :)
Salam,
BalasPadamMenarik sekali pengalaman tuan rumah dalam bab becermin mata..
Saya pun perlu pakai cermin mata tapi saya xnak
masa sekolah kadang kala pakai
apa yg saya lakukan saya selalu melihat pokok-pokok hijau dan gunung- ganang
Alhamdulillah.. baru2 ni sya check tahap kerabunan saya masih sama seperti zaman remaja dulu..
W_salam..
Padamalhamdulillah jika dapat
pulih kembali tahap kerabunan tu
tak semua orang mampu buat :)
SURI
BalasPadamsalam.
wah byk cermin mata saya ta der banyak seperti ini
W_salam..
Padamkoleksi peribadi nih..
nak simpan tunjuk anak
cucu nanti..he he
Fuh...tak sangka bang zul byk simpan spek mata dan cerita menarik psal spek mata...rugi tak sembang habis2 hari tu..
BalasPadamselamat berjaya bang!
salam
BalasPadamubai suai cermin tu memang terbaik la, bro
begitu biasanya kita orang kampung
kisah dan kenangan yang kadang2 sukar dibyangkan oleh kanak2 sekarang
semoga berjaya :-)
BalasPadamtuah badan, tiada siapa yang tahu.. ^_^. gudluck
BalasPadam