Tip Dan Panduan Hari Pertama Persekolahan Setelah Cuti Panjang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, pasti ada di kalangan adik-adik yang yang akan memulakan sesi persekolahan yang baru esok. Hari pertama persekolahan setelah bercuti panjang, kadang kala membuat adik-adik gugup dalam menghadapi suasana baru.

Untuk mengatasi masalah ini saya akan memberikan beberapa panduan dan tip berguna untuk adik-adik semua. Tip ini bukan hanya untuk yang akan memasuki sesi persekolahan setelah bercuti panjang, malah boleh juga untuk adik-adik yang akan memasuki kolej mahupun universiti.



Persiapan malam terakhir cuti panjang
  1. Siapkan pakaian seragam baru (atau pakaian untuk yang memasuki kuliah kolej dan universiti) yang akan dipakai esok pagi.
  2. Siapkan paling tidak sebuah buku tulis dan alat tulis seperti pen  maupun pensil.
  3. Berdoa sebelum tidur supaya esok boleh bangun dengan segar dan tidak terlambat,  juga jangan lupa kuncikan jam penggera.
  4. Jangan tidur terlalu lewat malam agar mendapat tidur yang cukup dan esok tidak mengantuk di sekolah atau kampus.
Persiapan hari pertama masuk sekolah/kampus
  1. Bangun tidur awal pagi, mandi dan solat dahulu.
  2. Pergunakan pakaian seragam baru selengkapnya atau pakaian yang sesuai dengan peraturan kampus adik-adik kerana setiap kampus mungkin memiliki aturan yang berbeza mengenai pakaian yang boleh dipakai ke kampus.
  3. Periksa kembali alat tulis yang akan dibawa. Untuk adik-adik yang akan menghadiri kuliah, usahakan untuk mencari  terlebih dahulu  subjek mata pelajaran kuliah hari tersebut. Kerana beberapa mata pelajaran kuliah tentu memerlukan peralatan yang berbeza.
  4. Sarapan dulu sebelum pergi ke sekolah atau kampus kerana sarapan mampu membuatkan adik-adik lebih bertenaga dan bersemangat seharian.
  5. Dapatkan restu kepada kedua orang tua pada saat adik-adik akan berangkat ke sekolah atau kampus. 
Hari pertama di sekolah/kampus
  1. Apabila lokasi kelas sudah diperolehi  setelah tiba di sekolah atau kampus dan  bersegeralah masuk ke kelas adik-adik apabila ada pengumuman agar seluruh pelajar masuk ke kelas masing-masing.
  2. Berkenalanlah dengan rakan-rakan yang akan menjadi temanmu selama bersekolah di sekolah atau kampus. Usahakan untuk mengenali rakan sekelas adik-adik dahulu, kemudian dengan rakan-rakan kelas yang lain.
  3. Ikuti petunjuk atau panduan yang akan diberikan oleh pihak sekolah atau kampus, baik perintah untuk berkumpul di dewan atau masuk ke kelas masing-masing.
  4. Nikmati hari pertama di sekolah atau kampus dengan riang gembira dan penuh keyakinan diri. Ingatlah bahawa di sekolah  atau kampus itu tempat adik-adik akan menuntut ilmu sebagai bekalan masa depanmu. Selamat mencuba.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Januari 02, 2013

14 Komen:

  1. guru pun boleh jg ikut tip ni
    sbb lama cuti ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Molek juga tu kalau
      ada yang rasa nak follow :)

      Padam
    2. Guru pun gugup hari pertama persekolaan?

      Padam
  2. aku tak mahu gi sekolah lagi. waa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau pergi sekolah upah makan cendol.

      Padam
  3. Salam, perkongsian tips yang terbaik...
    koi x de anak kecik sekolah dah zul :)

    BalasPadam
  4. hurm..... tringat zaman kecik2 dulu...first day sekolah..saya nangis...hahahha

    BalasPadam
  5. haha adik2 tak dan nak pikiaq apa. depa pikiaq nak jumpa kawan baru, nak main ja ngan kawan2 ^_^

    BalasPadam
  6. Wah siap ada tip lagi tu,semua bersemangat baju,kasut baru :)

    BalasPadam
  7. teringat msa zaman skola dlu... hehe

    BalasPadam
  8. Mak bapak yg bimbang bila anak mula sekolah.. heheheh

    BalasPadam
  9. slalunye bile dah cuti lame.... mesti semangat giler nk datang sekolah.....

    My recent post : Antara Semalam dan Hari Ini

    BalasPadam
  10. salam
    anak2 yang baru masuk sekolah dan baru kenal sekolah memang ada gugup sikit, bro
    yang menangis nak balik pun ada juga ni
    hehe

    BalasPadam
  11. Salam bro...semalam kat sekolah anak siap ada announcement lagi....ado lak budak tahun 1 tu hilang/x masuk dlm kelas....mak bapak dan cikgu pun x tau mana dia pergi...btw harap2 budak tu selamat.

    BalasPadam