Terkini Rebat Telefon Pintar | Tiada Had Harga Dan Model

Sebelum ini rebat RM200, dikenakan syarat harga telefon pintar yang boleh dibeli oleh belia yang berusia 21 hingga 30 tahun kepada model tertentu sahaja. Anda boleh ke sini (klik) untuk melihat model yang ditawarkan berharga kurang dari RM500. Pada saya memang berbaloi kalau belia  memilikinya.

Tapi nampak gayanya kurang mendapat sambutan oleh rakyat, apabila hanya kira-kira 5,000 orang sahaja yang memohon setakat semalam berbanding jutaan belia yang layak memohon sepatutnya. Maka kerajaan dengan serta merta telah meminda had dan model telefon pintar yang boleh mendapat rebat RM200.



Tiada Had Harga Pembelian Telefon Pintar Menggunakan Rebat RM200-BERNAMA

Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar tanpa had harga dan model dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan, berkata perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian tersebut hari ini.

Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan September lepas. Pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'.

SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PKB sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut. Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara online dari pukul 7 pagi hingga 11 malam di  komunikasibelia.skmm.gov.my.

Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications. Pertanyaan, boleh hubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Januari 03, 2013

9 Komen:

  1. Semoga belia bijak memilih..
    pakai baju, ukur di badan sendiri
    jangan ikut nafsu..syarikat telekomunikasi
    "keuntungan diutamakan",siapa nak meniaga
    tak untung kan..?Maka jadilah belia yang
    bijak dalam mengurus kehidupan :)

    BalasPadam
  2. adeh...xlepas syarat pulak..huhu

    BalasPadam
  3. Berita gembira untuk belia yang layak. :-)

    BalasPadam
  4. untung la..mintak aje..dapat. diluluskan..haha..

    BalasPadam
  5. terlebih umur la pula koi nih....isk...isk....

    BalasPadam
  6. Berita baik ni. Harap dimanfaatkan sepenuhnya..

    BalasPadam
  7. salam
    betul tu
    utamakan diri sendiri jangan utamakan keuntukan syarikat telekomunikasi
    hehe

    BalasPadam
  8. tawau cuma ada CSL je..
    tk best la,saya nk beli samsung..

    BalasPadam
  9. Masih ada lagi rebate tu. Tak tau nak beli hp apa. sampai sekarang tak guna2 lagi. nasib baik rebate tu sah untuk 3 bulan.

    BalasPadam