Syarat Memohon Skim Pembiayaan Mikro Tanpa Penjamin Dan Cagaran

Skim Pembiayaan Mikro tanpa penjamin dan cagaran ini dijangka memberi manfaat kepada 1.5 juta penjaja dan peniaga kecil berbilang kaum di seluruh negara dalam menjana ekonomi negara. Menerusi pembiayaan ini akan membolehkan penjaja dan peniaga kecil menjadikannya sebagai tambahan modal pusingan serta membeli peralatan.


Antara syarat-syarat kelayakan pemohon ialah;
  1. Warganegara Malaysia
  2. Tidak muflis
  3. Berumur antara 18 hingga 60 tahun
  4. Menjalankan mikro enterpris secara sepenuh masa
  5. Perniagaan yang dijalankan tidak bertentangan dengan syariah
  6. Menjadi ahli persatuan berdaftar
  7. Tidak mempunyai pembiayaan mikro dengan mana-mana bank atau agensi lain (bagi yang sudah menjelaskan sepenuhnya pembiayaan itu layak memohon)
Permohonan yang lengkap akan mengambil masa antara lima hingga 10 hari untuk diproses bergantung kepada syarat yang dikenakan. Mereka boleh mendapatkan pembiayaan bermula dari RM1,000 hingga RM50,000 dengan caj perkhidmatan 2.5 peratus yang dikenakan akan ditanggung oleh kerajaan.

Tempoh bayaran skim pembiayaan mikro itu adalah selama lima hingga sembilan tahun dengan tidak memerlukan sebarang penjamin atau cagaran selain dikecualikan daripada semakan Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) dan Sistem Maklumat Rujukan Pusat (CCRIS).


NOTA: Permohonan Skim Pembiayaan Mikro berjumlah RM50 juta membabitkan penjaja dan peniaga kecil sudah boleh dilakukan di 141 cawangan Bank Rakyat seluruh negara bermula kelmarin di Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala negeri-negeri lain bermula 29-Januari-2013.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Januari 30, 2013

10 Komen:

  1. Guna sebaik-baiknya bantuan yang diberikan. Masalah peniaga kecil adalah modal. Ilmu perniagaan pun penting juga terutama pengurusan kewangan.

    BalasPadam
  2. pada mereka yg layak jangan lepaskan peluang ini...:)

    BalasPadam
  3. Bagus untuk membantu peniaga kecil..

    BalasPadam
  4. sharing yang baik untuk peniaga kecil yang ingin memulakan perniagaan jika tiada modal. kalau saya mahu berniaga juga pasti saya akan pinjam. :)

    BalasPadam
  5. Salam hormat tumpang lalu..

    InsyaAllah di mana ada kemahuan di situ ada jalan, di mana ada bantuan maka di situ ada perniagaan kecil-kecilan terus jadi usahawan....terimakasih kerana info En Zul :D

    BalasPadam
  6. boleh cuba ni
    nak jg jadi usahawan :)

    BalasPadam
  7. bagus ni utk peniaga mengembangkan bisnes mereka

    BalasPadam
  8. salam
    jangan ada yang guna untuk bayar kereta dah la
    hehe

    BalasPadam
  9. gunakan ia dgn cara yg betul iaitu buat bisnes atau jadi usahawan. bukannya membayar hutang

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama18 Mac, 2013

    benar-benar nk menggunakan wang untuk perniagaan dalam pertanian kaklau betul skim ni telus saya ingin memohon segera, bagaimana cara nya minta di perjelaskan cara dan syarat-syarat nya.

    BalasPadam