Senarai Klinik Terlibat Ujian Saringan Kesihatan Percuma (HSP) PERKESO

Pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang berumur 40 tahun ke atas layak menerima perkhidmatan saringan kesihatan secara percuma sebanyak sekali di semua klinik swasta yang berdaftar di bawah program yang di beri kerajaan sempena Bajet 2013 lalu.
 
 
Baucar Ujian Saringan Kesihatan Percuma seperti di atas telah mula diedarkan PERKESO kepada majikan yang ada membuat caruman pekerja mereka dengan PERKESO dan saya sendiri baru mendapatnya semalam.

Program ini bukan sahaja akan memberi keuntungan kepada para pekerja semua, malah memberi impak positif kepada majikan kerana mempunyai pekerja yang sihat dan mampu berdaya saing  bila kesihatan baik.

Setakat ini, sebanyak 2,719 klinik swasta di seluruh negara akan memberikan perkhidmatan itu dan pekerja yang tinggal di luar bandar pula boleh mendapatkan rawatan tersebut di klinik atau hospital kerajaan berdekatan.

Berikut senarai klinik-klinik dan pusat kesihatan yang terlibat dalam program ini dan anda boleh mendapatkan Ujian Saringan Kesihatan Percuma di sana. Sila  ke link (KLIK) ini untuk mendapatkan senarainya.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Januari 20, 2013

18 Komen:

  1. Manfaatkan sepenuhnya baucar yang diterima.

    BalasPadam
  2. Elok juga dilaksanakan pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui masalah diperingkat awal.

    BalasPadam
  3. wah sgt bagus
    sop pun rasa nak wat full check up :)

    BalasPadam
  4. salam
    molek sangat ni
    sediakan langkah keselamatan lebih awal

    BalasPadam
  5. mcm2 jenis voucher ada ye...
    bgs jgk manfaatkan sepenuhnya.

    BalasPadam
  6. jangan lepaskan peluang yg ada :)

    BalasPadam
  7. Hello bro..
    kepada yang layak jangan lepaskan peluang baik ini, saya belum layak lagi =D

    BalasPadam
  8. Salam.. pertama kali sampai sini time aktiviti blogwalking hehe.. tahun ni saja pelbagai voucher dah dikeluarkan

    BalasPadam
  9. untuklah sekarang boleh dapat perkhidmatan percuma. tapi rasanya masih belum capai target kat paris macam yang kak Akma Omar share haritu.

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama13 Mac, 2013

    Kenapa tidak dapat tengok senarai klinik swasta yg berdaftar dgn perkeso?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Okey ada masalah dengan link sebelum ini telah ditukar oleh pihak PERKESO, saya telah kemaskini dengan LINK yang baru, anda boleh KLIK link tersebut sekarang, terima kasih bertanya.

      Padam
    2. Tanpa Nama14 Mac, 2013

      Masih tk dpt lihat lg senarai klinik yg terlibat, sila nyatakan @ senaraikan sekali klinik-klinik yg terlibat. Terima kasih.

      Padam
    3. Tanpa Nama21 Mac, 2013

      MACAM TAK MAU BAGI SAJA..DIA INGAT ORG BOLEH TAHU KE..
      KAT MANA PANEL NAK PERGI. ATLEASE BAGI LA SENARAI SAMA VOCER TU..KEJE HAMPEH PUNYE

      Padam
  11. Tanpa Nama14 Mac, 2013

    Baucar saya hilang, what should I do now?

    BalasPadam
  12. intan sharmillah ahmad15 Mac, 2013

    trima kasih kpd smua pihak yg terlibat :)

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama25 Mac, 2013

    adakh saya layak mendapat voucer kesihatan ni,coz company saya nie blm membuat pendaftaran perkeso lagi

    BalasPadam