Saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) merekodkan harga paling rendah di paras RM4.36 hari ini, jauh di bawah harga tawarannya, ketika kemelesetan Indeks Komposit Kuala Lumpur paling besar dalam tempoh 16 bulan. Menurut Bloomberg, indeks KLCI merosot untuk hari keempat berturut-turut
dengan penurunan sehingga 2.3 peratus, jumlah penurunan paling besar direkodkan sejak 26
September 2011.
Harga saham FGV jatuh ke paras bawah harga tawaran (IPO) RM4.55 hari ini dan terus turun ke paras RM4.52 pada tengahari dan seterusnya merosot ke paras RM4.36 sebelum ditutup pada harga RM4.42. Ia merupakan trend penurunan kedua sejak 27 Disember semenjak penurunan pertama direkodkan di paras RM4.50 pada minggu pertama Disember.
Pasaran saham FGVH yang dilihat tidak menentu ini antaranya berpunca daripada beberapa faktor
utama, antaranya apabila ladang pokok sawit kini kebanyakannya sudah tua dan sudah tidak
mengeluarkan hasil yang baik serta terpaksa mengalami proses penanaman semula sehingga menyebabkan
Felda terpaksa menanggung kos sehingga RM2 bilion.
Penyenaraian saham FGVH yang bernilai kira-kira RM10 bilion diharap mampu
menjana urusniaga pasaran berjumlah RM17 bilion dan meletakkannya
sebagai salah sebuah syarikat komoditi terulung di pasaran global. Peneroka dan pekerja Felda antara yang diberikan peruntukan saham
sehingga 200.6 juta saham atau 5.5 peratus, pada harga runcit.
mau pitamlah sape yg main saham ni :)
BalasPadampitam la pak cik dan mak cik Felda
Padamlepas nih..ermm,takut berutang je
Lihat dari perspektif pelabur jangka panjang. Masa untuk membeli! :D
BalasPadamRasanya boleh turun lagi..
Padamjadi boleh tunggu dan lihat
sebelum membeli :)
trending sekarang tengah menurun. sampai masa yang tepat untuk membeli saham pada harga yang rendah sebelum ia naik semula. teknik forex sebenar! :)
BalasPadambegitulah gayanya pada
Padamyang melihat jangka panjang
beli dan simpan :)
betula kalau ada duit ni dah boleh beli saham ni...
Padamhai bro,
BalasPadamharap naik balik harga saham tu bro, moga menjadi salah sebuah syarikat komoditi terbaik di dunia.
harap jangan ada yang tergadai.
BalasPadammasih kurang ilmu dalam bab pasaran saham ni..dulu masa ka Klang dikelilingi oleh cikgu² bermain saham tapi tak ambl tahu..hehe
BalasPadammoga penurunan ni tak lama
Hari-hari belek prestasi saham mahu tak senang duduk apabila saham yang dilaburkan menjunam.
BalasPadam