Kesan Buruk Dadah Methamphetamine Pada Wajah Penggunanya (Gambar)

Methamphetamine adalah sejenis dadah sintetik yang bertindak sebagai perangsang sistem saraf pusat manusia. Kesannya bukan sahaja menjadikan individu itu ketagihan, malah ianya  cepat membina toleransi kepada individu itu agar mereka untuk menggunakan lebih dan lebih bahan terlarang ini.

Kesan sampingan menggunakan dadah methamphetamine (Meth) termasuk paranoia, halusinasi dan tingkah laku berulang-ulang. Menurut Partnership for a Drug Free America, penagih dadah ini juga boleh mengalami delusi seolah parasit atau serangga merangkak di bawah kulit yang membawa mereka untuk menggaru diri. 

Dalam jangka panjang penggunaan dadah methamphetamine ini, atau penggunaan yang melebihi dos yang tinggi, atau pada situasi kedua-duanya sekali boleh menyebabkan psikosis dan paranoia. Dalam beberapa kes yang di rekodkan, ianya juga boleh membawa kepada terjadinya strok dan membawa kepada kematian.

Di bawah adalah gambar beberapa individu yang mengalami perubahan pada wajah mereka,  sebelum dan selepas akibat dari kesan buruk penggunaan dadah methamphetamine - Kredit: Rehabs.com

 
Alberta pada usia 23(kiri) dan di usia 28

 
Heather pada usia 27(kiri) dan di usia 30

 
Andrew pada usia 18 (kiri) dan di usia 25

Rehabs.com, sebuah direktori pusat pemulihan dadah di USA, mengkaji dan menyenaraikan individu penagih-penagih dadah methamphetamine, untuk menunjukkan bagaimana dengan penyalahgunaan dadah methamphetamine tersebut, juga memberi kesan buruk kepada rupa mereka dalam tempoh yang agak singkat.

Bagaimana anda di luar sana, masihkah teringin hendak mencuba dadah-dadah sintetik terutama methamphetamine? Pada mulanya sekadar mencuba, bila dah ketagihan pasti tidak dapat meninggalkannya lagi. Mahukah anda berwajah seperti mereka yang di atas? Jadi, hindari diri anda dari menjadi mangsa penyalahgunaan dadah.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Januari 24, 2013

8 Komen:

  1. mak aih. muka jadi macam dah reput je. dadah memang tak bagus pun bro. :)

    BalasPadam
  2. gambar hok bawah tu muka dah bertukar macam X-men dah :)

    BalasPadam
  3. Teruk kesan dadah sintetik ini kepada yang mengambilnya secara haram.

    BalasPadam
  4. Kesan jangka pendek sungguh
    Harap ramai sedar ttg kesan dadah ini

    BalasPadam
  5. salam
    nampak macam tak ambil masa lama tu
    memang teruk kesan bahan terlarang ni

    BalasPadam
  6. macam zombie yek, memang teruk kesannya, jauhkan diri dari dadah

    BalasPadam
  7. Malang nya banyak anak2 Msia ni kata dadah jenis ni bagus dan tak ketagih macam heroin dan morfin,padahal bahaya dadah jenis ni.

    BalasPadam
  8. salam...urggh.
    panadol pun sy tak berapa nak percaya sgt makan..
    apatah lg utk dadah murahan ni..moga dijauhkanlah.

    BalasPadam