Bakuratul Amani Ke Sekolah

Cepat je rasa dah besar anak kecil ayah ni. Bakuratul Amani, nama diberi sempena sebuah buku kitab (klik) dulu-dulu. Memang suka bertudung tiap kali keluar rumah, mengikut penampilan Ummi beliau lah kiranya. Agak hitam manis, yang hairan abang beliau putih melepak la pulak?

Gambar Bakuratul Amani 5 minit selepas dilahirkan

5 tahun berlalu..

Agak manja dengan saya, berbanding abangnya yang lebih manja dengan Ummi. Setiap malam mesti "nak tidur dengan ayah", katanya. Walau puas diajar tidur berasingan di bilik yang lain, bila terjaga di tengah malam,  sedar-sedar beliau dah ada di celah-celah ayah dan Umminya.
Semalam, si kecil yang baru mencecah usia 4 tahun 2 bulan ini telah memasuki Pra Sekolah Tahun 1 di sekolah Umminya. Kalau mengikut tahun, beliau berusia 5 tahun dan layak mendaftar. Memudahkan saya, kerana sebelum ini Amani terpaksa di hantar ke taska kerana kami berdua bekerja.

Suka sangat Amani dapat masuk Pra Sekolah, tanpa rasa takut. Almaklum sekolah tersebut adalah setempat dengan Umminya mengajar. Cuma Mrs saya mengajar di tahun satu pada tahun ini. lepas kelas jam 12 tengahari abangnya akan menemaninya di kantin sekolah, sementara menunggu Ummi mereka habis tugasan harian.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Januari 03, 2013

11 Komen:

  1. Assalamu'alaikum Zul

    Kak minta maaf, tadi tu terkomen melalui blog yang di sign kongsi PC, jadi kak padam.

    Apa yang kak tulis tadi lebih kurang begini: alhamdulillah, anak dah ke Pra Sekolah. Nama diambil daripada kitab ya. Semoga anak ni sentiasa istiqamah bertudung dan menjadi anak yang solehah..aamiin

    BalasPadam
  2. wahhh...bagus...xnangis...
    belajar pandai2 ye... ;)

    BalasPadam
  3. Bagus...nampaknya boleh berdikari

    Moga jadi anak yang berjaya dunia akhirat..anak saya pun insyaAllah tahun depan nak hantar taska..setakat nin belajar kat ipad je..hehe

    BalasPadam
  4. Sedap nama tu.. moga menjadi anak yang solehah, patuh dan taat kepada kedua ibu bapa...

    BalasPadam
  5. alhamdulillah semoga menajdi anak yang baik

    BalasPadam
  6. tak disangka waktu berlalu begitu cepat dan hingga putra - putri kitapun telah tumbuh sedemikian rupa..

    BalasPadam
  7. Awalnya sudah masuk pra sekolah. Harap tak bosan nanti.

    BalasPadam
  8. salam
    anak2 aku juga dulu2 memang sentiasa ada terselit kat celah ketiak bila sedar tengah malam
    hehe

    BalasPadam
  9. Kira senang la kerja bila anak ada depan parent, dapat tengok selalu, tak risau... tahniah anak dah masuk tadika, salam perkenalan dan selamat tahun baru ya!

    BalasPadam
  10. belajar rajin2 dik yek...

    BalasPadam