2013 Wang Bantuan Sekolah RM 100 : Mana Nak Ambil Dan Bila?

Wang Bantuan Persekolahan RM100 pada setiap murid dari Darjah Satu hingga Tingkatan Enam yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013, akan mula disalurkan ke sekolah bermula Selasa, 15 Januari ini.

"Bantuan itu akan mula diagihkan pada Selasa,15 Januari ini dan dijangka selesai pada Februari depan. Kerajaan sebenarnya menyediakan peruntukan RM540 juta bagi bantuan persekolahan tahun ini tetapi kita masih belum menerima data jumlah sebenar pelajar sekolah swasta dan sekolah agama rakyat," - Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi : BERNAMA

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM498 juta sebagai bantuan persekolahan RM100 seorang kepada 4.98 juta pelajar di seluruh negara pada tahun 2013 dan belum termasuk peruntukan untuk pelajar sekolah swasta dan agama. Ini adalah pembayaran kali kedua buat semua pelajar tanpa mengira jumlah pendapatan keluarga.

Mekanisma pembahagian Wang Bantuan Sekolah RM100 Tahun 2013 juga nampaknya seperti tahun 2012 yang lepas, di mana pelajar boleh mendapatkannya di setiap sekolah masing-masing. Jika berdasarkan sumber di atas, bermula Selasa ini semua sekolah akan mula menerima bantuan tersebut, maka gunakanlah ia dengan sebaiknya.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Januari 14, 2013

3 Komen:

  1. mesti ramai yang tak tahu ni..

    BalasPadam
  2. salam
    harap dapat meringan beban ibu bapa penjaga yang berpendapatan rendah

    BalasPadam
  3. Belum ada tanda-tanda pemberian RM100 untuk sekolah anak saya.

    BalasPadam